- JBS Kedah
- Hits: 109
SESI TAKLIMAT PENGURUS & CABUTAN UNDI BAGI 3 JENIS ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI 2024 PERINGKAT NEGERI KEDAH
ALOR SETAR, 09 Ogos 2024 - Satu taklimat pengurus pasukan dan cabutan undi bagi tiga jenis acara sukan yang dipertandingkan dalam program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2024 Peringkat Negeri Kedah telah diadakan petang tadi bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Taklimat am pertandingan dan cabutan undi telah dilakukan oleh pihak urusetia Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, En. Mohd Abdul Karim Khan bin Mansor Ahmad Khan (Unit Penggalakkan dan Pembangunan Sukan) manakala taklimat khusus kepada pengurus pasukan telah disampaikan oleh pihak teknikal bagi setiap acara masing-masing.
Turut hadir didalam taklimat tersebut ialah En Jamaluddin bin Jusoh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim (Unit Sukan).
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 109
