- JBS Kedah
- Hits: 97
TAHNIAH PASUKAN KOTA SETAR A MENJUARAI ACARA PINGPONG DAN NAIB JOHAN BAGI ACARA SEPAK TAKRAW REGU LELAKI DAN ACARA BOLA TAMPAR WANITA LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
Alor Setar, Kedah 11 Ogos 2024 – Telah berlangsung Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kedah 2024. Sebanyak 24 pasukan dari 12 Daerah telah berentap untuk merebut kejuaraan kejohanan ini. Pasukan Kota Setar A menjuarai Acara Ping Pong dan Naib Johan bagi Acara Sepak Takraw Regu Lelaki Dan Acara Bola Tampar Wanita Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kedah 2024. Johan akan mewakili Negeri Kedah ke Peringkat Kebangsaan.
Pasukan Kota Setar A Acara Ping Pong telah membawa pulang hadiah bernilai Seribu Ringgit Malaysia bersama Medal dan Sijil Penyertaan. Manakala Pasukan Kota Setar A Acara Bola Tampar Wanita dan Pasukan Kota Setar A Acara Sepak Takraw telah membawa pulang hadiah bernilai Tujuh Ratus Ringgit beserta Medal dan Sijil Penyertaan.
Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pasukan yang mewakili Daerah Kota Setar yang telah berjuang dalam kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
- JBS Kedah
- Hits: 97
