- JBS Kedah
- Hits: 104
2 PESERTA PADANG TERAP HADIR KE KURSUS SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) TAHAP ASAS PERINGKAT ZON 1 TAHUN 2024
JITRA KEDAH, 29 SEPTEMBER 2024 – Kursus Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Tahap Asas Peringkat Zon 1 Tahun 2024 telahpun diadakan pada 26 hingga 28 September 2024 yang lalu bertempat di Teratak Al-Qarni, Wang Tepus, Jitra, Kedah Darul Aman.
Kursus SATRIA Zon 1 ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah melibatkan penyertaan peserta seramai 40 orang daripada negeri Perlis dan setiap daerah di Kedah seramai 02 orang.
Objektif kursus ini adalah bertujuan mobilisasi dan seterusnya menjadi mentor atau tenaga pengajar modul kesukarelawanan.
02 peserta dari daerah Padang Terap telah menghadiri Kursus tersebut iaitu En. Muhammad Azrel Amin bin Mohd Azizi Azuizurahman dan En. Muhammad Shaiful Firdaus bin Mohammad Nazri. Mereka ini adalah pelajar dari Kolej Komuniti Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 104
