- JBS Kedah
- Hits: 110
MESYUARAT FOCUS GROUP KESEJAHTERAAN RAKYAT DAERAH BANDAR BAHARU KEDAH BIL 2 TAHUN 2024
BANDAR BAHARU – 11 September 2024 – Telah berlangsungnya Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Daerah Bandar Baharu Bil 2 Tahun 2024 pada 11 September 2024 (Rabu) jam 10.30 pagi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Bandar Baharu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu dan ahli mesyuarat adalah dari Agensi Kerajaan Daerah Bandar Baharu.
Antara pengisian dalam mesyuarat adalah bertumpu kepada membantu golongan-golongan kurang berkemampuan sekitar Daerah Bandar Baharu. Pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen turut sama meneliti permasalahan rakyat di sekitar Daerah Bandar Baharu agar kesejahteraan rakyat dijaga. Puan Nur Adila binti Mohamad merupakan wakil untuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dalam mesyuarat tersebut.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 110
