- JBS Kedah
- Hits: 96
PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU BAGI PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2024
BANDAR BAHARU – 23 September 2024 – Perjumpaan bersama Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail telah diadakan pada 23 September 2024 (Isnin) jam 10.00 pagi oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, En Shamsul Qamar bin Shamsuddin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Puan Nur Adila bt Mohamad dan Pegawai Unit Sukan, En Mohamad Hafiz bin Jamaluddin di Pejabat Daerah Bandar Baharu.
Perjumpaan tersebut diadakan bagi membentangkan perancangan acara sukan yang akan dilaksanakan pada Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu iaitu pada 11 hingga 13 Oktober 2024 nanti kepada Tuan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu,En Shamsul Qamar bin Shamsuddin turut memaklumkan bahawa satu mesyuarat induk akan diadakan bagi menyelaras perjalanan program itu nanti.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 96
