Sanglang, 9 Ogos 2024 - Telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Kubang Pasu Siri 7 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Jerlun yang melibatkan permainan Bola Tampar Wanita.
Seramai 30 orang peserta telah menyertai program tersebut meliputi lingkungan umur remaja dan belia.
Disediakan oleh : Haslinda Binti Harun (PBSD Kubang Pasu)
Alor Setar, 9 Ogos 2024 - Telah berlangsung Sesi Taklimat dan Cabutan Undi Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Kedah 2024 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah.
Semua Pengurus serta pegawai penyelaras telah diberikan taklimat serta sesi cabutan undi bagi 3 sukan yang dipertandingkan iaitu Sepak Takraw, Bola Tampar Wanita dan PingPong Berpasukan.
2 pasukan yang berjaya di peringkat daerah akan mewakili daerah masing-masing esok.
Encik Mohd Azizi Bin Rashid (ketua), Puan Husaini Binti Husain dan Puan Haslinda Binti Harun hadir sebagai PIC bagi setiap pasukan.
Semoga Team Kubang Pasu berjaya!
Disediakan oleh : Haslinda Binti Harun (PBSD Kubang Pasu)
Jitra, 8 Ogos 2024 - Sesi penyerahan jersi pasukan telah dilakukan sempena Pertandingan Sukan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Kedah yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2024.
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu dan Encik Mohd Azizi Bin Rashid Pegawai Penyelaras LSK Daerah Kubang Pasu kepada semua Pengurus setiap pasukan yang akan bertanding kelak.
Selamat berjaya diucapkan..
Disediakan oleh : Haslinda Binti Harun (PBSD Kubang Pasu)
Jitra, 4 Ogos 2024 - Telah berlangsung Program Komuniti Gotong Royong Kacau Bubur Asyura yang telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Bersatu Cawangan Pida 4, Sanglang. Program tersebut melibatkan pelbagai agensi serta komuniti setempat
Puan Husaini Binti Husain, Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSD Kubang Pasu telah hadir mewakili pejabat.
Disediakan oleh : Haslinda Binti Harun (PBSD Kubang Pasu)
Sungai Petani, 4 Ogos 2024 - Telah berlangsung Kursus Asas Content Creator sempena Art Fest Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Kedah pagi tadi. Kursus ini memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mendalami pelbagai ilmu dalam dunia media sosial khususnya dalam penggunaan aplikasi seperti TikTok. Sesi ini telah disampaikan oleh influencer yang merupakan anak jati Negeri Kedah iaitu Coach Mad, Farhaan Rahmat, Palie Sunlay dan Rumah Manis.
Daerah Kubang Pasu telah diwakili oleh Saudari Sarah Sofea Binti Abdullah, Nur Marissa Binti Osman dan Nur Aina Safiya Binti Abdul Rahim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang dengan diiringi oleh Puan Haslinda Binti Harun, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Kubang Pasu.
Disediakan oleh : Haslinda Binti Harun (PBSD Kubang Pasu)
KULIM, 31 Ogos 2024 – Program Fit Malaysia, Fit Komuniti @ Kulim - Siri 11 Nature Aerobics telah diadakan pada 31 Ogos 2024 yang lalu bertempat di Dataran Tasik Putra Kulim dengan bertemakan Kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke 67. Program ini telah dilaksanakan oleh Persatuan Senamrobik Daerah Kulim bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kulim. Semoga dengan perlaksanaan program ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan dan sentiasa kekal cergas.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
KULIM, 29 Ogos 2024 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kulim 2024 telah diadakan pada 28 Ogos 2024 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Tanah Kulim. Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kulim 2024 akan diadakan pada 14 September 2024 di Dataran Kulim.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim turut dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Perbarisan dan Perarakan dan akan turut sama terlibat dalam perarakan sempena sambutan itu nanti. En Mohd Hapis bin Mohd Shariff, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim (Unit Belia) telah menghadiri mesyuarat tersebut.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
KULIM, 29 OGOS 2024 – Satu perbincangan awal berkaitan pelaksanaan program Hari Sukan Negara Tahun 2024 Peringkat Daerah Kulim telah diadakan pada 29 Ogos 2024 (Khamis) di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim.
Dalam perbincangan ini, En Jamaluddin bin Jusoh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim (Unit Sukan) telah membentangkan perancangan awal berkaitan aktiviti yang akan dilaksanakan sempena Hari Sukan Negara Tahun 2024 Peringkat Daerah Kulim. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim telah dipilih sebagai lokasi perlaksanaan Hari Sukan Negara Tahun 2024 Peringkat Daerah Kulim yang bakal diadakan pada 12 Oktober 2024 nanti.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
KULIM, 27 OGOS 2024 – Kursus Pengenalan Sistem Pengurusan Dokumentasi Menggunakan Apliksai Google Drive (JBSN Kedah) telahpun diadakan pada 26 Ogos 2024 (Isnin) secara atas talian melalui aplikasi Google Meet.
Objektif utama adalah untuk memberi kefahaman kepada Pegawai Media dan Pembantu Tadbir di setiap Pejabat Belia dan Sukan Daerah mengenai sistem pengurusan dokumentasi di setiap unit (Belia, Sukan, Rakan Muda dan Pentadbiran) dengan menggunakan aplikasi Google Drive.
Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim turut hadir menyertai kursus ini secara dalam talian.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)