POKOK SENA, 9 OGOS 2024 – Kelab Aerobik Yanz dengan kerjasama PBSD Pokok Sena telah mengadakan Program Fit Komuniti @ Daerah Pokok Sena Siri 8 pada 9 Ogos 2024 bertempat di Bukit 8888, Pokok Sena.
Antara program yang dijalankan adalah senamrobik dan mendaki bukit. Program ini bertujuan memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia melalui kecergasan, sukan dan rekreasi dengan memupuk kesetiaan masyarakat kepada negara dengan pendekatan menyantuni masyarakat secara inklusif.
Turut serta dalam program ini adalah Encik Mohd Sobry bin Md Akhir Pegawai Pembangunan Sukan, PBSD Pokok Sena.
Disediakan oleh : Mohamad Azhar Bin Ismail (PBSD Pokok Sena)
- JBS Kedah
- Hits: 119
