ALOR SETAR , 22 Ogos 2024 – PBSD Pokok Sena telah menyertai Program Rakan Bumi: Lestari Hijau Peringkat Negeri Kedah 2024 yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Kedah bertempat di Tebing Sungai Anak Bukit, Alor Setar.
Program ini bertujuan memelihara kebersihan sungai yang merupakan sumber penting dalam kehidupan seharian masyarakat setempat.
Turut serta dalam program ini adalah Encik Mohamad Azhar bin Ismail, Pegawai Pembangunan Belia dan Puan Nurul Ain' Binti Mohd Zain Pegawai Pembangunan Rakan Muda PBSD Pokok Sena.
Disediakan oleh : Mohamad Azhar Bin Ismail (PBSD Pokok Sena)
- JBS Kedah
- Hits: 118
