30 Julai 2024, KULIM – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim telah menerima kunjung hormat daripada En Mohd Norazwan bin Rabie, Penolong Pegawai AADK Daerah Kulim pada 30 Julai 2024. Kedatangan beliau telah disambut baik oleh En Mohd Hapis bin Mohd Shariff dan En Jamaluddin bin Jusoh. Kunjungan ini bertujuan untuk sama – sama berbincang dan bertukar pandangan serta pendapat dalam usaha untuk mengurangkan gejala sosial yang semakin membimbangkan di kalangan belia masa kini.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
30 Julai 2024, ALOR SETAR – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2024 telah selesai diadakan pada 23 Julai 2024 bertempat di Raia Convention Center, Alor Setar, Kedah.
Persidangan yang diadakan adalah bagi membincangkan usul-usul berkenaan Sosial, Ekonomi, Infra, Agama dan Pendidikan yang berkaitan dengan Pembangunan Belia di Negeri Kedah.
Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Zaiton binti Yahya, Pengarah ICU Negeri Kedah dan turut dihadiri oleh Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dilantik, Exco Tertinggi Majlis Belia Negeri Kedah serta badan gabungan MBN. En Kalairasan Nadarajan yang mewakili MIYC Negeri Kedah telah membawa usul pendidikan. Beliau juga merupakan Ketua Cawangan MIYC Pekan Lunas, Kulim.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
28 Julai 2024, KULIM – Program Mobilisasi Satria : Rakan Muda Rakan Prihatin, Menyantuni Kanak-Kanak Daerah Kulim Tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya pada 27 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Pusat Aktiviti Kanak – Kanak Kulim, Kedah.
Persatuan Pengakap Kelana A telah mengambil peluang ini sebagai salah satu inisiatif dalam melahirkan sukarelawan yang saling membantu dan peka dengan keadaan sekeliling. Sukarelawan ini terdiri daripada Pengakap Remaja dari sekolah – sekolah di sekitar Daerah Kulim yang sama – sama hadir memeriahkan program.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
28 Julai 2024, KULIM – Program Mobilisasi Satria : Rakan Muda Rakan Prihatin, Menyantuni Kanak-Kanak Daerah Kulim Tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya pada 27 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Pusat Aktiviti Kanak – Kanak Kulim, Kedah.
Antara objektif pelaksanaan Mobilisasi Satria – Rakan Muda Rakan Prihatin Menyantuni Kanak-Kanak adalah merealisasikan usaha KBS dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Salah satu aktiviti yang telah diadakan adalah sukaneka kanak – kanak yang diuruskan oleh Persatuan Pengakap Kelana A Daerah Kulim. Seramai 20 orang kanak – kanak telah menyertai lima (5) aktiviti sukaneka yang dipertandingkan
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
28 Julai 2024, KULIM – Program Mobilisasi Satria : Rakan Muda Rakan Prihatin, Menyantuni Kanak-Kanak Daerah Kulim Tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya pada 27 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Pusat Aktiviti Kanak – Kanak Kulim, Kedah.
Antara objektif pelaksanaan Mobilisasi Satria – Rakan Muda Rakan Prihatin Menyantuni Kanak-Kanak adalah merealisasikan usaha KBS dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Antara aktiviti yang telah diadakan adalah gotong royong dan sukaneka kanak – kanak. Program ini merupakan program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim dan Pusat Aktiviti Kanak - Kanak serta dibantu oleh Persatuan Pengakap Kelana A Daerah Kulim.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim. Turut hadir bersama Puan Nur Azmawaty binti Abdul Aziz (Penyelia Pusat Aktiviti Kanak – Kanak), En Mohamad Kamarul Hakimi bin Yusof (Pegawai Pelindung JKM) dan juga kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
24 Julai 2024, ALOR SETAR – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2024 telah diadakan pada 23 Julai 2024 bertempat di Raia Convention Center, Alor Setar, Kedah.
Persidangan diadakan bagi membincangkan usul-usul berkenaan Sosial, Ekonomi, Infra, Agama dan Pendidikan yang berkaitan dengan Pembangunan Belia di Negeri Kedah.
Persidangan yang dipengerusikan oleh Puan Zaiton binti Yahya, Pengarah ICU Negeri Kedah turut dihadiri oleh Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dilantik, Exco Tertinggi Majlis Belia Negeri Kedah serta badan gabungan MBN. En Mohd Hapis bin Sheriff, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim turut bersama – sama pegawai-Pegawai Belia dan Sukan Daerah menghadiri persidangan ini.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
21 Julai 2024, KULIM – Sukarelawan Anak Muda (SATRIA) Daerah Kulim turut sama – sama melaungkan ucapan tanda sokongan kepada Kontijen Malaysia yang akan bertanding di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. Sukan Olimpik dijadualkan akan berlangsung pada 26 Julai 2024 hingga 11 Ogos 2024 di Paris, Perancis manakala Sukan Paralimpik pula akan berlangsung pada 28 Ogos 2024 hingga 03 September 2024 juga di Paris, Perancis.
Semoga Kontijen Malaysia akan pulang dengan membawa kemenangan dan menjadi kebanggaan bagi rakyat Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!
21 Julai 2024, KULIM – Telah berlangsungnya Program Mobilisasi Satria Program Menyantuni Warga Emas Peringkat Daerah Kulim 2024 pada 20 Julai 2024 bertempat di Rumah Orang Tua Nurqaseh, Sungai Tengas, Kulim.
Antara objektif pelaksanaan Program Mobilisasi Satria Program Menyantuni Warga Emas adalah merealisasikan usaha KBS dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim dan Pertubuhan Rumah Orang Tua Nurqasseh Sungai Tengas ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan seramai 75 orang sukarelawan daripada Kelab SIlat, Kelab Kaunselor dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Taman Hi Tech, Kulim. Antara pengisian aktriviti diadakan adalah gotong royong membersihkan kawasan persekitaran dan rumah orang – orang tua serta menyantuni mereka.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh En Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim. Turut hadir bersama adalah En Mohd Ikram bin Kassim (Pejabat Kebajikan Masyarakat), guru pengiring SMK Taman Hi Tech, sukarelawan Pertubuhan Rumah Orang Tua Nurqaseh serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)
19 Julai 2024, KULIM - Program Fit Malaysia, Fit Komuniti @ Kulim - Siri 5 Combat Exercise telah diadakan pada 19 Julai 2024 yang lalu bertempat di Sek Men Keb Taman Hi – Tech, Kulim. Program ini telah dilaksanakan oleh Kelab Silat SMK Taman Hi Tech bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kulim dengan penglibatan ahli kelab itu sendiri. Fit Komuniti @ Kulim – Combat Exercise ini menerapkan elemen kecergasan, kardio dan juga irama. Turut hadir bersama di dalam program ini ialah Encik Jamaluddin Bin Jusoh, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSD Kulim. Semoga dengan perlaksanaan program ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan dan sentiasa kekal cergas.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md Najib (PBSD Kulim)