Alor Setar, 10 Ogos 2024 | Bertempat di Dewan Centennial ,Kolej Sultan Abdul Hamid dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diadakan LSK Peringkat Negeri Kedah 2024. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang telah menghantar pasukan Pin Pong,Sepak Takraw dan Bola Tampar pada kejohanan kali ini.
Alor Setar, 5 Ogos 2024 | Bertempat di Wisma Darul Aman telah berlangsungnya Program Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Jiwa Merdeka yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bagi menyemarakkan semangat patritik dan cintakan negara.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang yang diwakili oleh En.Nor Azlan Bin Zainal serta En.Samiuon Bin Shomidon turut diundang ke Program tersebut bersama-sama wakil daripada NGO daerah Pendang.
Pendang, 6 Ogos 2024 | Bertempat di Taman Tasik Pendang telah diadakan Program Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Jiwa Merdeka Negeri Kedah 2024. Program yang berkonsepkan aktiviti konvoi ini telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang telah dijemput terlibat bersama memeriahkan program.
Pendang, 4 Ogos 2024 | Perbincangan Pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pendang 2024. Terima kasih kepada pihak Al Syafie Archery Club sudi bertandang ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang berbincang berkenaan sukan memanah dan pelaksanaan HSN2024.
ALOR SETAR KEDAH, 26 OGOS 2024 - Perlaksanaan Program Rakan Muda Rakan Bumi: Lestari Hijau telahpun diadakan pada 22 Ogos 2024 (Khamis) yang lalu bertempat di Tebing Sungai Anak Bukit (Kanchut) Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Program kerjasama dengan Rakan Strategik daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, E-idaman, Yayasan Sultanah Bahiyah dan Tenaga Nasional Berhad.
4 kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah menghadiri program tersebut iaitu En. Muhammad Sallehudin bin Abd Rahman, En. Wan Syahrin bin Ali, En. Johardi bin Rosla dan En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof.
Turut hadir bersama Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan JBS Kedah dan warga Yayasan Sultanah Bahiyah.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 26 OGOS 2024 – Mesyuarat Penyelarasan Program-Program Bagi Unit Belia, Sukan dan Rakan Muda telahpun diadakan pada 25 Ogos 2024 (Ahad) jam 11.00 pagi bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap yang juga pengerusi mesyuarat telah membentangkan susunan program yang diturunkan kepada daerah untuk dilaksanakan pada tahun 2024.
Antara program-program yang terlibat adalah Program Kerjasama Pembangunan Belia bersama KEDA Zon 2, Fit Komuniti, Hari Sukan Negara, Senaman Warga Emas, Mobilisasi Satria, Plogging Komuniti, Rentak Seni dan Skill For Life serta Pengurusan Aset Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Kesemua pegawai di setiap unit telah terlibat dalam mesyuarat ini dan mesyuarat ini berakhir pada jam 1.00 tengahari.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 26 OGOS 2024 – Perbincangan awal berkaitan pelaksanaan program Hari Sukan Negara Tahun 2024 Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 25 Ogos 2024 (Ahad) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Dalam perjumpaan ini, perbincangan bersama antara En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama En. Mohd Zamri bin Abdullah, Presiden Kuala Nerang Running Club (KNRC) adalah berkaitan dengan pengisian acara Fun Run di Hari Sukan Negara 2024 nanti.
Turut bersama En. Wan Syahrin bin Ali. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 26 OGOS 2024 – Program kecergasan Fit Malaysia/Fit Komuniti@Daerah Padang Terap Siri 9 Tahun 2024 - Senamrobik telahpun diadakan dengan jayanya pada 23 Ogos 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Terbuka Cikgu Hashim Barokas, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Team Kelab Yunk Aerodance Daerah Padang Terap. Program kecergasan berbentuk berjalan Senamrobik telah dihadiri 50 orang peserta..
Senamrobik ini telah diketuai oleh Instruktur Pn. Latipah binti Ahmad. Hadir bersama En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
BANDAR BAHARU – 24 Ogos 2024 – Telah berlangsungnya klinik badminton bagi Program Fit Komuniti Siri 7 pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu. Seramai 67 orang peserta telah menyertai klinik yang dianjurkan oleh Kelab Badminton Serdang itu.
Klinik ini diadakan untuk mengasah bakat-bakat muda seawal usia 5 tahun dalam sukan badminton. Ia secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai anak-anak muda khususnya dalam sukan badminton sekaligus dapat menghindarkan golongan muda di Daerah Bandar Baharu dari aktiviti tidak sihat seperti lumba motosikal, masalah sosial dan lain-lain.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)