LANGKAWI, KEDAH – 18 OGOS 2024, Pejabat Kemas Daerah Langkawi telah menganjurkan Kursus Sijil Kemahiran Modular kemas (SKMK Dandanan Diri) RMKe12 pada 12-14 Ogos 2024 dan bertempat dia Dewan PKM Langkawi.
Seramai 15 orang telah menyertai kursus ini.. Turut menyertai kursus ini juga adalah Pembantu Tadbir ,Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Puan Dayang yang hadir untuk meningkatkan kiemahiran peripadai dan mengisi slot kursus yang perlu dihadiri oleh Penjawat Awam.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 18 OGOS 2024, Bertempat di Gelanggang Oudoor, Bola Jaring Kompleks Sukan Langkawi (KSL), Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi sekali lagi di jemput ke perlawanan persahabatan bola jaring dengan Kelab GBBJ pada 12 Ogos 2024 yang lalu.
Perlawanan persahabatan ini bukan untuk mencari pemenang, namun lebih dilihat kepada jalinan ukhuwah, jalinan persahabatan dan secara tidak langsung dapat menjadikan individu itu seorang yang aktif, cergas dan sehat.
Turut bersama Nurulfitriah Binti Hj Drani, Pembantu Belia dan Sukan, selaku Ketua Biro Sukan & Rekreasi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
Alor Setar, 09 Ogos 2024 - Satu taklimat pengurus pasukan dan cabutan undi bagi tiga jenis acara sukan yang dipertandingkan dalam program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2024 Peringkat Negeri Kedah telah diadakan petang tadi bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah .
Taklimat am pertandingan dan cabutan undi telah dilakukan oleh pihak urusetia Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah. En. Abdul Karim Khan dan taklimat khusus kepada pengurus pasukan telah disampaikan oleh pihak teknikal bagi setiap acara masing-masing.
Turut hadir , En.Mohammad Alia Hanis bin Rosmadi , Pegawai Unit Sukan PBSD Sik.
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
PUTRAJAYA– 08 Ogos 2024 – Bengkel Kolokium Pemahaman Dan Pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) telah diadakan melalui atas talian pada 08 Ogos 2024 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi. Penglibatan adalah dari Pegawai Pembangunan Unit Belia di Negeri dan Daerah.
Sesi pertama telah dimulakan dengan taklimat bertajuk Pelan Transisi & Pindaan (Akta A1602) dan soal jawab. Sesi seterusnya bertajuk Taklimat MYKD (Pertubuhan Belia Bercawangan & Tunggal) dan soal jawab dan sesi terakhir adalah Pembatalan Pertubuhan & Insolvensi dan soal jawab.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, En Zailan bin Daud, Pegawai Unit Belia telah turut serta dalam bengkel tersebut yang berakhir pada jam 1.30 tengahari.
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
15 Ogos 2024, Sik - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menerima sebanyak RM20 juta yang diperuntukan kepada Program Rakan Muda bagi pelaksanaan program tahun 2024 di mana RM2juta adalah di bawah peruntukan Belanja Mengurus B.45 dan RM18 juta di bawah Peruntukan Khas B.11.
Satu taklimat secara dalam talian telah diadakan kepada semua Penolong Pengarah Rakan Muda/ Pegawai Rakan Muda di peringkat negeri dan daerah pada 8 Ogos 2024 (Khamis)..Pegawai unit rakan muda daerah Sik turut hadir dalam sesi taklimat tersebut.
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
Sik, 15 Ogos 2024 – Kerja – kerja penyelenggaraan kecil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik telah dijalankan seperti kerja – kerja mengecat bilik, memasang aircond dan memasang pintu pejabat.
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
BANDAR BAHARU – 14 Ogos 2024 – Mesyuarat Penyelarasan program-program bagi unit sukan dan rakan muda telah diadakan pada 14 Ogos 2024 (Rabu) jam 3.00 petang di bilik mesyuarat kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu,En Shamsul Qamar bin Shamsuddin yang juga pengerusi mesyuarat telah membentangkan susunan program yang diturunkan kepada daerah untuk dilaksanakan pada tahun 2024. Antara program-program yang terlibat adalah Fit Komuniti, Hari Sukan Negara, Mobilisasi Satria, Plogging Komuniti, Rentak Seni dan Skill For Life.
Kesemua pegawai unit telah terlibat dalam mesyuarat ini yang mana berakhir pada jam 5.00 petang.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
PADANG TERAP KEDAH, 14 OGOS 2024 - Taklimat Pelaksanaan dan Tatacara Pemadanan Kamus Kompetensi Fungsian bagi Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan (S) serta Skim Perkhidmatan Latihan (E) telahpun diadakan pada 13 Ogos 2024 (Selasa) secara atas talian melalui aplikasi Zoom.
Objektif utama adalah untuk memberi kefahaman mengenai penilaian prestasi melalui dual system iaitu Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan MyPerformance diguna pakai bagi tahun 2024. Bagi melengkapkan penilaian MyPerformance, submodul Kompetensi Fungsian skim-skim perkhidmatan akan mula diguna pakai bagi penilaian prestasi.
Taklimat Pelaksanaan dan Tatacara Pemadanan Kamus Kompetensi Fungsian bagi Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan (S) serta Skim Perkhidmatan Latihan (E) ini anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Belia dan Sukan dan diikuti oleh semua pentadbir system hrmis dan pemilik kompetensi hrmis masing-masing.
Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap seramai 4 orang yang meliputi Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan (S) telah hadir secara dalam talian mengikuti taklimat ini.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 14 OGOS 2024 – Program Kembara Jiwa Merdeka Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 13 Ogos 2024 (Selasa) bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Program ini anjuran Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pejabat Daerah Padang Terap dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap telah menghimpunkan beberapa jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam mengikuti Kembara Jiwa Merdeka Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2024.
Sepanjang program ini diadakan, 6 buah sekolah telah disinggahi oleh pasukan Kembara Jiwa Merdeka antaranya Sekolah Kebangsaan Sharifah Hanifah, Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam, Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, Sekolah Kebangsaan Pedu, Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar serta Sekolah Kebangsaan Lamdin dan diakhiri dengan tapak pekan sehari Naka.
Persinggahan Kembara Jiwa Merdeka di setiap kawasan tersebut turut mengedarkan bendera Jalur Gemilang.
Majlis perasmian dan pelepasan Kembara Jiwa Merdeka Peringkat Daerah Padang Terap telah disempurnakan oleh Ybhg. Tn. Azmin bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap turut bersama mengikuti kembara tersebut dengan diketuai oleh En. Muhammad Sallehuddin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)