- JBS Kedah
- Hits: 96
4 PESERTA DAERAH SIK KE ART FEST PESTA RAKAN MUDA MUDI ASAS CONTENT CREATOR PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024.
SUNGAI PETANI KEDAH, 05 OGOS 2024 – Art Fest Pesta Rakan Muda Mudi telah pun diadakan pada 03 dan 04 Ogos 2024 bertempat di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Program Asas Content Creator memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mendalami pelbagai ilmu dalam dunia media sosial khususnya dalam penggunaan aplikasi seperti TikTok. Sesi ini telah disampaikan oleh influencer yang merupakan anak jati Negeri Kedah iaitu Coach Mad, Farhaan Rahmat, Palie Sunlay dan Rumah Manis.
4 orang peserta Daerah Sik telah menghadiri program tersebut iaitu Anis Adila Binti Zambri, Nurul Syahirah Binti Mohd Fauzi, Nur Aida Nadhirah Binti Mohd Yusri dan Nur Aimuni binti Abdul Karim.
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
- JBS Kedah
- Hits: 96
