YAN, KEDAH. 29 JULAI 2024 - Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri (MPBN) Kedah 2024 telah diadakan pada 23 Julai 2024 (Selasa) bertempat di Raia Hotel Convention Center.
MPBN kali ini membawa isu gejala sosial belia, pembangunan ekonomi belia, pendidikan dan peluang pekerjaan untuk golongan belia.
Turut hadir Puan Hajah Asnatul Adha binti Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan.
YAN, KEDAH. 29 JULAI 2024 - Perbincangan Program Fit Komuniti @Yan Peringkat Daerah Yan 2024 pada 24 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Sekolah Kebangsaan Nyak Gam.
Perbincangan antara guru besar SK Nyak Gam, Encik Ismail bin Junus bersama Puan Hajah Asnatul Adha binti Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan. Turut hadir bersama Puan Idayu binti Kapi, Pegawai Unit Sukan PBSD Yan.
YAN, KEDAH. 29 JULAI 2024-Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Program Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Yan telah diadakan pada 27 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan AL-Khawarizmi SMK Yan.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung antaranya:
- Senamrobik
- Gotong-Royong
- Ceramah dan Latihan Kebakaran
- Sesi Latihan Dalam Kumpulan.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Hajah Asnatul Adha binti Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan. Turut hadir Encik Mohd Hafiz bin Haji Abu Hassan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan, Puan Roshidah binti Mohamed Noordin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Yan dan Cik Zati Farhani binti Mohamad Yusuf, Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Pembangunan Kanak-Kanak Daerah Yan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.
YAN, KEDAH. 28 JULAI 2024 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah menganjurkan Kursus Pemahaman Sistem eROSA bersama JBSN Negeri 2024 Zon Utara (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang Dan Perak) bermula 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah. Program ini juga merupakan siri pertama daripada 3 siri yang dirancang bagi tahun 2024 yang disertai seramai 31 orang pegawai belia dan sukan peringkat negeri dan daerah.
Puan Idayu binti Kapi mewakili Daerah Yan hadir di dalam program tersebut.
YAN, KEDAH. 28 JULAI 2024 - Program Fit Komuniti @Yan Siri 2/2024 telah diadakan pada 26 Julai 2024 (Jumaat) bertempat di KEDA Sungai Udang, Yan.
Perlaksanaan program Fit Komuniti @Yan adalah bermatlamat untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi.
YAN, KEDAH. 24 JULAI 2024 - Perbincangan Program Fit Komuniti @Yan bersama Pegawai Perpaduan Daerah Yan, Puan Norharison binti Romli pada 22 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Kampung Dulang Kecil,
Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan, Puan Hajah Asnatul Adha binti Ahmad hadir bersama Puan Idayu binti Kapi di dalam perbincangan tersebut.
YAN, KEDAH. 24 JULAI 2024 - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan menziarahi SUK Majlis Belia Daerah Yan, Encik Mohamad Nazri bin Shafie di kediaman beliau pada 22 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Pekan Yan Besar, Yan, Kedah.
Turut hadir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan, Puan Hajah Asnatul Adha binti Ahmad bersama Puan Idayu binti Kapi dan Encik Jamadi bin Jamaludin.
Encik Mohamad Nazri bin Shafie telah menjalani pembedahan mata kanan baru-baru ini dan dalam proses pemulihan. Didoakan semoga cepat sembuh dan pulih kembali.
YAN, KEDAH. 22 JULAI 2024 - Perbincangan antara Puan Hajah Asnatul Adha binti Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan bersama Puan Muslihawati binti Saad wakil Komuniti KEDA Sungai Udang untuk program seterusnya Fit Komuniti @Yan Siri 2/2024 telah diadakan pada 21 Julai 2024 (Ahad) bertempat di PBSD Yan.
Turut hadir bersama perbincangan tersebut Puan Idayu binti Kapi, Pegawai Unit Sukan PBSD Yan.