- JBS Kedah
- Hits: 105
RAKAN PRIHATIN MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) – PROGRAM MENYANTUNI WARGA EMAS - PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2024
BEDONG – 25 JULAI 2024 – Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) – Menyantuni Warga Emas adalah inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan golongan belia terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan rasa empati dan simpati di kalangan belia terhadap warga emas, menggalakkan interaksi antara generasi muda dan tua, mewujudkan sinergi yang mampan, menyediakan platform untuk aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan, membantu mengurangkan masalah kesihatan mental dengan melibatkan belia dalam aktiviti yang bermanfaat dan untuk mengelakkan penglibatan belia dalam jenayah dan masalah sosial.
Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda dan Kelab Rakan Muda Sungai Petani telah melaksanakan program ini bertempat di Pusat Khidmat Setempat OKU Bedong, Kedah pada 25 Julai 2024 yang melibatkan seramai 80 orang sukarelawan dan 20 orang Warga Emas dari PAWE di bawah seliaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda. Sukarelawan ini adalah terdiri dari peserta Rakan Muda Daerah, Peserta ARPRM Daerah, Pelajar IPT, Pengakap dan ahli Kelab Rakan Muda Sungai Petani.
Antara aktiviti-aktiviti menyantuni Warga Emas dijalankan adalah seperti Senamrobik, Sesi ramah mesra dan bersuai kenal, Senam Ria Malaysia Cergas, memasak bubur Asyura, sesi bersama dengan Angkatan Pertahanan Awam - Bantu mula kecemasan dan kecederaan dan diakhiri dengan majlis perasmian dan penyampaian sijil. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Nurul Huda binti Mat Isa@Salleh, mewakili Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda.
Adalah amat diharapkan supaya semua belia tidak tersisih dari melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia hingga ke akar umbi demi melahirkan belia yang berwawasan serta mempunyai kredibiliti tinggi.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali, PBSD Kuala Muda
- JBS Kedah
- Hits: 105
