Alor Setar Kedah - 14 Julai 2024 . Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Siri 3 Peringkat Daerah Kota Setar bertempat di Taman Rekreasi Peremba Alor Setar.Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Rimba. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga emas sekitar Alor setar untuk program ini. Senaman Warga Emas ini merupakan platform untuk warga emas melibatkan diri dalam aktiviti sukan untuk semua di samping menggalakan masyarakat untuk turut bersukan bersama warga emas secara inklusif.
Turut hadir Bersama Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar serta Persatuan Warga Emas (PAWE) Alor Setar dan Langgar.
#senamanwargaemas
#jbsn
#pbsdks
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
Alor Setar Kedah - 14 Julai 2024 . Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Siri 2 Peringkat Daerah Kota Setar bertempat di Taman Rekreasi Peremba Alor Setar.Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Rimba. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga emas sekitar Alor setar untuk program ini. Senaman Warga Emas ini merupakan platform untuk warga emas melibatkan diri dalam aktiviti sukan untuk semua di samping menggalakan masyarakat untuk turut bersukan bersama warga emas secara inklusif.
Penglibatan menyeluruh daripada pelbagai kaum iaitu, kaum melayu, kaum cina dan kaum India. Program Senaman Warga Emas berjaya menyatukan masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang.
Turut hadir Bersama Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar serta Persatuan Warga Emas (PAWE) Alor Setar dan Langgar.
#senamanwargaemas
#jbsn
#pbsdks
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
Alor Setar, Kedah , 2 Julai 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar telah dikunjungi oleh Penyelaras Pejabat KEMAS Daerah Alor Setar bagi membincangkan kolaborasi Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia(Satria) Santuni Kanak-kanak Peringkat Daerah Kota Setar yang akan diadakan di Dewan SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 20 Julai 2024. Program ini juga akan bekerjasama dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar serta Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas kerjasama yang bakal diadakan untuk pembangunan kanak-kanak di Daerah Kota Setar khususnya.
Perbincangan ini disantuni oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
Alor Setar, 1 Ogos 2024 ; Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Kota Setar 2024 telah menutup tirai pada 28 Julai 2024 yang lalu.Sebanyak 6 Siri telah dilaksanakan bermula pada 23 Jun 2024 bertempat di Taman Rekreasi Peremba,Alor Setar.Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Rimba.Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga emas sekitar Alor Setar.
Bermula tahun 2024, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mengambil langkah proaktif untuk mengalakkan sukan dalam kalangan warga emas bagi memastikan kesihatan fizikal, rohani dan mental golongan ini terpelihara.
Inisiatif ini dimulakan memandangkan populasi penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas telah mencecah 11.1 peratus pada tahun 2023 dan dijangka meningkat kepada 15 peratus menjelang tahun 2030. Dengan peningkatan bilangan warga emas ini, Malaysia bakal dikategorikan sebagai sebuah negara menua menurut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2030.
Turut hadir memeriahkan lagi program senaman warga emas Daerah Kota Setar pada kali ini ialah Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Encik Mohd Hanafi Bin Abd Rahman.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
Alor Setar , 26 Julai 2024 ; Program Mobilisasi Kesukarelawan Anak Malaysia( SATRIA) - Menyantuni Warga Emas Peringkat Daerah Kota Setar telah diadakan di Pusat Aktviti Warga Emas Langgar, Alor Setar.Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar ,Pusat Aktiviti Warga Emas Kota Setar dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Objektif utama program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan aktiviti.Selain itu untuk melahirkan sukarelawan yang berkemahiran , berpengetahuan, prihatin ,bertanggungjawab dan mempunyai nilai sukarelawan yang tinggi dan peka dengan keadaan sekililing.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah senamrobik bersama KSKR,gotong royong menyediakan Bubur Asyura dan Slot Perkongsian Ilmu berkaitan Pengurusan Jenazah.
Majlis Perasmian Penutup Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria )Santuni Warga Emas Peringkat Daerah Kota Setar disempurnakan oleh Puan Siti Zaharah Binti Sulaiman Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar.Turut hadir Encik Abdullah Bin Othman Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Kota Setar , Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dan Puan Norasmiza Binti Zainudi Pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
Alor Setar , 20 Julai 2024 ; Program Mobilisasi Kesukarelawan Anak Malaysia( SATRIA) - Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kota Setar telah diadakan di Dewan SMK Sultanah Bahiyah.Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Pejabat Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Kota Setar, SMK Sultanah Bahiyah, Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena dan Rumah Super Kids.
Objektif utama program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan aktiviti.Selain itu untuk melahirkan sukarelawan yang berkemahiran , berpengetahuan, prihatin ,bertanggungjawab dan mempunyai nilai sukarelawan yang tinggi dan peka dengan keadaan sekililing.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah senamrobik bersama KSKR,slot santai bersama Sukarelawan Satria - latihan dalam kumpulan (LDK), SlotJari Jemari bersama Kemas Alor Setar (Bouquet) dan Street Dakwah.
Majlis Perasmian Penutup Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria )Santuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kota Setar disempurnakan oleh Puan Norsiah Binti Mohd Josli Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar.Turut hadir bersama Puan Noor Ashikin Binti Yusoff Pengetua SMK Sultanah Bahiyah, Puan Siti Zaharah Binti Sulaiman Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Seta dan Puan Normida Binti Mohd Rashid Pegawai Unit Pembangunan Bina Insan Kemas Alor Setar.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
Alor Setar, Kedah , 26 Jun 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar telah dikunjungi oleh Persatuan Belia Teluk Kandih, Alor Mengkudu bagi membincangkan kolaborasi Program Fit Malaysia- Fit Komuniti@ Kota Setar yang akan diadakan pada 12 Julai 2024 di Kampung Teluk Kandih, Alor Mengkudu. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas kerjasama yang diberikan untuk melahirkan komuniti yang cergas, sihat dan membudayakan gaya hidup sihat dengan menyertai aktiviti kecergasan senamrobik. Perbincangan ini disantuni oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar serta Puan Nor Hasimah Bt Abd Hamid dari Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
Alor Setar, Kedah , 3 Julai 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar telah mengunjungi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Langgar bagi membincangkan pelaksanaan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia(Satria) Santuni Warga Emas Peringkat Daerah Kota Setar yang akan diadakan pada 26 Julai 2024 Jumaat. Antara cadangan pengisian program ialah aktiviti kecergasan senamrobik, memasak bubur asyura, aktiviti kerohanian pengurusan jenazah, Gotong Royong serta aktiviti berselawat. Turut hadir Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas Langgar Encik Abdullah bersama Jawatankuasa PAWE Langgar, Puan Siti Zaharah Binti Sulaiman Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar serta Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar. Anda di luar sana yang berumur 15 tahun - 25 tahun.Jom sertai Skuad Sukarelawan Anak Malaysia ( Satria) Daerah Kota Setar! Klik link di bawah untuk sertainya! https://tinyurl.com/SATRIA-KOTA-SETAR-2024
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
Tasik Pedu, Kuala Nerang; 5 Julai -6 Julai 2024 - Telah berlangsung Kursus Kepimpinan Organisasi Peringkat Daerah Kota Setar di Mahawangsa House Boat Tasik Pedu, Kuala Nerang. Program ini merupakan anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah ( KEDA ) bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar. Objektif program ini melahirkan pemimpin belia yang berpenampilan unggul seperti memiliki sifat-sifat amanah berbudi pekerti, rajin, berdisiplin,ikhlas dan tekun dalam semua usaha. Antara pengisian program adalah Latihan' dalam kumpulan merangkumi kepimpinan, aktiviti air/Water Confidence, pengurusan organisasi, pemikiran kreatif dan Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Encik Ramlan Bin Jaafar Pegawai KEDA ZON 8 , turut bersama Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar serta Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhzir Pegawai Belia dan Sukan Kubang Pasu. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kursus Kepimpinan Organisasi Peringkat Daerah Kota Setar.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar