29 Jun 2024, KULIM - Selesai sudah Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Kulim 2024 bagi Sukan Ping-Pong Berpasukan yang telah diadakan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim melibatkan 10 Pasukan.
Johan bagi acara ini telah dimenangi oleh STJ Club, manakala Naib Johan dimenangi oleh team UNIKL. Tempat ketiga dan keempat pula di sandang oleh KULIM TT dan SEDIM 8. Tahniah dan semoga Berjaya di ucapkan kepada STJ Club dan UNIKL yang akan berentap di LSK Peringkat Negeri Kedah bagi mewakili Daerah Kulim.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zaidi Bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim diiringi oleh Encik Mohd Yusoff Bin Mohamad, Pengerusi Teknikal Sukan Ping-Pong PPD Kulim/Bandar Baharu. Turut hadir bersama Encik Jamaluddin Bin Jusoh, Pegawai Penyelaras LSK 2024 Peringkat Daerah Kulim, Unit Pembangunan Sukan PBSD Kulim.

Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 100