- JBS Kedah
- Hits: 102
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GENTA BELIA PERTANIAN PERINGKAT ZON UTARA 2024
ALOR SETAR, 16 JULAI 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Genta Belia Pertanian Peringkat Zon Utara 2024 telah dipengerusikan oleh En. Mohammad Suhaimi bin Md Saad Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah dengan dihadiri oleh wakil-wakil daripada beberapa agensi di Negeri Kedah dan juga wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Pembentangan berkenaan konsep pelaksanaan dan penyelarasan gerak kerja program telah disampaikan oleh Cik Nik Noor Azlihan bt Nik Jamaludin dari Unit Pembangunan Ekonomi, JBS Negeri Kedah. Agenda lain adalah berkenaan dengan kerjasama dan peranan agensi yang terlibat bagi program ini.
Pihak jabatan sangat mengharapkan sokongan pelbagai pihak dalam pelaksanaan program yang bakal diadakan pada 27 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di KOMBES Negeri Kedah.
Disediakan oleh : Nik Noor Azlihan Binti Nik Jamaludin (Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kedah)
- JBS Kedah
- Hits: 102
