- JBS Kedah
- Hits: 98
MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) : PROGRAM MENYANTUNI WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK @ SAMBUTAN AWAL MUHARAM MASJID AL-FALAH.
Pendang,27 Julai 2024 | Bertempat di Masjid Al-Falah,Felda Sungai Tiang telah diadakan Aktiviti Mobilisasi SATRIA : Program Menyantuni Warga Emas dan Kanak-Kanak 2024.Pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena Program tersebut di mana sebahagian besarnya dikendalikan oleh sukarelawan SATRIA terutamanya aktiviti gotong royong memasak bubur asyura,mewarna dan sukaneka.
Selain daripada aktiviti tersebut turut diadakan aktiviti sampingan yang lain seperti pemeriksaan kesihatan, pameran daripada agensi dan persembahan nasyid. Seramai 160 orang Sukarelawan SATRIA telah terlibat dalam Program ini.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
- JBS Kedah
- Hits: 98
