- JBS Kedah
- Hits: 173
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK) DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JKPA) BIL 2/2024, JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
ALOR SETAR, 08 Julai 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPA) Bil 2/2024, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diadakan pada 08 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES).
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Noor Azma binti Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan ahli mesyuarat terdiri daripada pegawai dari ibu pejabat serta pegawai dari semua Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pembentangan berkenaan dengan pengurusan aset dan juga kewangan telah dibuat oleh Urusetia masing-masing. Segala isu di peringkat daerah juga telah diketengahkan dalam mesyuarat berkenaan. Turut hadir En. Shamsul Qamar bin Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dalam mesyuarat tersebut.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 173
