- JBS Kedah
- Hits: 139
FIT MALAYSIA- FIT KOMUNITI@KOTA SETAR SIRI 1 BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG TELOK KANDEH
Alor Setar, Kedah , 12 Julai 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Rimba telah melaksanakan Program Fit Komuniti@Kota Setar di Kampung Telok Kandih Jalan Alor Mengkudu.
Program ini bertujuan mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti senaman (senamrobik) dan aktiviti riadah. Pelbagai lapisan masyarakat turut sertai acara ini.
Program ini dilaksanakan bersempena Karnival kesihatan, Kampung Ceria Komuniti Sejahtera kolaborasi Kolej Pembantu Perubatan, Pelatih ADPH PPP, Combi Komuniti Cawangan Kampung Telok Kandih, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Persatuan Belia Kampung Telok Kandeh Alor Mengkudu.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
- JBS Kedah
- Hits: 139
