20 Jun 2024, Alor Setar; Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kelab Badminton D’Aman Encik Nurul Azmi Hashim bersama Setiausaha dan bendahari iaitu Encik Azreen Bin Rosli dan Encik Najib Bin Otman.
Tahniah dan syabas diucapkan Kepada Jawatankuasa Kelab Badminton D Áman kerana berjaya menubuhkan kelab dan telah mendapat kelulusan PJS, diharapkan dapat ditadbir urus dengan sebaiknya untuk pembangunan sukan badminton di Alor Setar.
Antara tujuan kunjung hormat ini ialah untuk menjalinkan jaringan kerjasama diantara Kelab Badminton DÁman bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.Turut bersama Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir dan Puan Nor Hasimah Binti Abd Hamid.
#rakanaktif
#pbsdks
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
- JBS Kedah
- Hits: 95
