30 Julai 2024, Alor Setar - Program kecergasan Fit Malaysia @ staff JBS Kedah dengan pengisian regangan otot dan berjalan sejauh 3 km anjuran unit Kecergasan Nasional JBS Kedah.
Disediakan oleh : Hafizah Binti Japperi (Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kedah)
29 Julai 2024, Alor Setar - Negeri Kedah menjadi destinasi pertama Genta Belia 2024 dengan membawakan segmen pertanian
Program ini telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah pada 27 Julai 2024. Pengisian dan aktiviti adalah bertemakan pertanian dan industri asas tani seperti :
Perkongsian Inspirasi Kejayaan Usahawan Belia
Perkongsian Informasi Agensi
Jualan Agro MADANI
Kenduri Buah-Buahan
Explorace Genta Belia
Persembahan Busking
Penyampaian Hadiah Pertandingan Belia Tani Popular
Dan Banyak Lagi
Kemuncak acara adalah penyampaian hadiah Pertandingan Belia Tani Popular yang telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi BPB JBSN, Puan Hartini A. Jabbar.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua Rakan Strategik yang terlibat terutamanya Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA dan banyak lagi.
Segalanya Demi Belia Kita
Keputusan Pertandingan Belia Tani Popular
Juara
Saudara Danial Misban Anugerah Khas Juri Saudara Srinath Arumugam
Disediakan oleh : Nik Noor Azlihan Binti Nik Jamaludin (Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kedah)
TRONOH, PERAK, 28 Julai 2024 - Kursus Pemahaman Sistem eROSA Bersama JBSN Negeri 2024 Zon Utara (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang Dan Perak) bermula 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah. Program ini juga merupakan siri pertama daripada 3 siri yang dirancang bagi tahun 2024 yang disertai seramai 31 orang pegawai belia dan sukan peringkat negeri dan daerah. Seramai 6 orang peserta daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut hadir.
Disediakan oleh : Hafizah Binti Japperi (Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kedah)
17 Julai 2024, Kuala Muda - YBrs Pn Noor Azma bt Deris telah berkunjung ke rumah En Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda yang tidak sihat akibat kemalangan jalan raya.
Kunjungan kasih ini juga disertai oleh En Mohd Hanaffi bin A.Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan), En Shafizan Bin Bakar Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi merangkap wakil Kelab Sukan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Warga JBSNKedah mendoakan En Kamarol Azlan semoga cepat sembuh dan kuat semangat menghadapi ujian ini.
Disediakan oleh : Dzarif Ikbar Bin Azizan (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)
Memberi ruang kepada masyarakat khususnya belia untuk menyerlahkan potensi diri dalam bidang kretif, karya seni, perniagaan atau mana-mana yang berkaitan dengan 10 gaya hidup rakan muda
Alor Setar, 23 Julai 2024- Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah telah dilaksanakan di Raia Hotel Convention Center.
MPBN kali ini membawa isu gejala sosial sosial belia, pembanguanan ekonomi belia, pendidikan dan peluang pekerjaan untuk golongan belia.
Majlis turut dipengerusikan oleh Puan Zaiton binti Yahya, Pengarah ICU Negeri Kedah diiringi oleh Puan Noor Azma binti Deris , Pengarah JBS Kedah dan Saudara Amir Murshidi bin Dato Hj Samsudin, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah.
Disediakan oleh : Nik Noor Azlihan Binti Nik Jamaludin (Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kedah)
ALOR SETAR, 16 JULAI 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Genta Belia Pertanian Peringkat Zon Utara 2024 telah dipengerusikan oleh En. Mohammad Suhaimi bin Md Saad Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah dengan dihadiri oleh wakil-wakil daripada beberapa agensi di Negeri Kedah dan juga wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Pembentangan berkenaan konsep pelaksanaan dan penyelarasan gerak kerja program telah disampaikan oleh Cik Nik Noor Azlihan bt Nik Jamaludin dari Unit Pembangunan Ekonomi, JBS Negeri Kedah. Agenda lain adalah berkenaan dengan kerjasama dan peranan agensi yang terlibat bagi program ini.
Pihak jabatan sangat mengharapkan sokongan pelbagai pihak dalam pelaksanaan program yang bakal diadakan pada 27 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di KOMBES Negeri Kedah.
Disediakan oleh : Nik Noor Azlihan Binti Nik Jamaludin (Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kedah)