- JBS Kedah
- Hits: 122
PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA SANTUNI KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR
Objektif utama program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan aktiviti.Selain itu untuk melahirkan sukarelawan yang berkemahiran , berpengetahuan, prihatin ,bertanggungjawab dan mempunyai nilai sukarelawan yang tinggi dan peka dengan keadaan sekililing.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah senamrobik bersama KSKR,slot santai bersama Sukarelawan Satria - latihan dalam kumpulan (LDK), SlotJari Jemari bersama Kemas Alor Setar (Bouquet) dan Street Dakwah.
Majlis Perasmian Penutup Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria )Santuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kota Setar disempurnakan oleh Puan Norsiah Binti Mohd Josli Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar.Turut hadir bersama Puan Noor Ashikin Binti Yusoff Pengetua SMK Sultanah Bahiyah, Puan Siti Zaharah Binti Sulaiman Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Seta dan Puan Normida Binti Mohd Rashid Pegawai Unit Pembangunan Bina Insan Kemas Alor Setar.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
- JBS Kedah
- Hits: 122
