LANGKAWI, KEDAH – 22 JULAI 2024, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman telah menghadiri Mesyuarat berkala Pengurusan Aset dan Pengurusan Kewangan Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah. Mesyuarat telah di laksanakan pada 08 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar, Kedah (KOMBES).
Di dalam mesyuarat tersebut juga turut diadakan majlis perpisahan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang akan bertukar ke Agensi lain. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan.
Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah, Puan Noor Azma Binti Deris.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
BANDAR BAHARU – 19 Julai 2024 – Telah berlangsungnya acara sukan Cleanwalk bagi Program Fit Komuniti Siri 3 pada 19 Julai 2024 (Jumaat) di Taman Kenanga,Serdang bermula jam 3.30 petang. Acara yang telah disertai seramai lebih 70 orang penduduk sekitar Taman Kenanga,Serdang itu menyaksikan komuniti dari pelbagai peringkat umur,agama dan bangsa turut sama-sama dalam program tersebut.
Puan Nur Adila bt Mohamad selaku wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah turut serta dalam acara tersebut. Acara Cleanwalk ini diadakan adalah bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat atau komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai agama,bangsa dan umur. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara masyarakat setempat dan pejabat sekaligus dalam membersihkan kawasan sekitar.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 11 Julai 2024 – Telah berlangsungnya acara sukan Senamrobik bagi Program Fit Komuniti Siri 2 pada 11 Julai 2024 (Khamis) di Sekolah Menengah Kebangsaan Selama bermula jam 3.00 petang. Acara yang telah disertai seramai 96 orang pelajar itu adalah di bawah tenaga pengajar aerobik dari Kelab Senamrobik Serdang.
Puan Fariza bt Ghazalli selaku wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah turut serta dalam acara tersebut. AcaraSenamrobikini diadakan adalah bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai agama,bangsa dan umur. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara satu sama lain.
Disediakan oleh :Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
PADANG TERAP KEDAH, 21 JULAI 2024 – Program kecergasan Fit Malaysia/Fit Komuniti@Daerah Padang Terap Siri 3 Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 18 Julai 2024 (Khamis) bertempat di Perkarangan Cleopatra Fitness Studio, Pedu, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Cleopatra Fitness Club. Program kecergasan berbentuk senamrobik telah disahut oleh lebih 70 orang peserta dari komuniti Pedu dalam Daerah Padang Terap.
Majlis perasmian program kecergasan Fit Malaysia/Fit Komuniti@Daerah Padang Terap Siri 3 Tahun 2024 ini telah disempurnakan oleh En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Hadir bersama Pn. Julian Binti Youned@Junid , Pengerusi Cleopatra Fitness Club.
Turut bersama En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 18 Julai 2024 – Perbincangan berkaitan pelaksanaan Mobilisasi Satria: Program Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 17 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan menyelaras pelaksanaan dan aktiviti Mobilisasi Satria : Program Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Padang Terap yang akan diadakan pada 24 Julai 2024 bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Lubuk Merbau nanti.
Perbincangan bersama ini melibatkan antara En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan Pn. Hani Syazwani binti Sohime, Penolong Pegawai JKM Daerah Padang Terap. Hadir bersama En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
BANDAR BAHARU, 17 Julai 2024 - Mesyuarat Penyelarasan bagi Program Mobilisasi Satria 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu pada 17 Julai 2024 (Rabu) pada jam 10.00 pagi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Bandar Baharu, En. Shamsul Qamar bin Shamsuddin itu adalah untuk menerangkan secara terperinci berkaitan program yang akan dilaksanakan pada 21 dan 28 Julai 2024. Pelaksanaan program ini dibuat dalam dua siri iaitu menyantuni kanak-kanak dan warga emas yang mana akan dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Kedua-dua program melibatkan seramai 80 orang sukarelawan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu yang berumur diantara 15 hingga 30 tahun untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 17 Julai 2024 – Perbincangan berkaitan kolaborasi program diantara Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bandar Baharu, Puan Fariza bt Ghazalli bersama Puan Ainul Huda dari AADK Bandar Baharu telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu pada 17 Julai 2024 (Rabu) pada jam 2.30 petang.
Perbincangan ini antara lainnya membincangkan berkaitan aturcara perjalanan program iaitu Program Mobilisasi Satria dimana pihak AADK telah bersetuju untuk memberi taklimat dan pendedahan kepada masyarakat berkaitan masalah sosial remaja masa kini yang melibatkan dadah pada 28 Julai 2024 (Ahad) bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Serdang.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
PADANG TERAP KEDAH, 18 JULAI 2024 – Program Mobilisasi Satria : Rakan Muda Rakan Prihatin, Menyantuni Warga Emas Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 17 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Antara objektif pelaksanaan Mobilisasi Satria – Rakan Muda Rakan Prihatin Menyantuni Warga Emas adalah merealisasikan usaha KBS dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Pengisian aktiviti ini adalah seperti Senamrobik, Pemeriksaan Kesihatan, Sesi Inter Generasi, 6 Minit Berjalan, Gotong Royong dan Aktiviti Indoor Games seperti Carom / Congkak / Chess.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Padang Terap dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Nerang serta disokong oleh Kelab Rakan Muda Padang Terap, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Padang Terap, Kolej Mara Kuala Nerang dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Padang Terap.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Hadir bersama En. Mohamad Nazmi bin Tirmizi, Unit Pembangunan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Kedah, En. Mohamad bin Hassan, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Padang Terap, wakil Pejabat JKM Daerah Padang Terap dan En. Muhamad Jasnizam Bin Muhamad Husni, Pengerusi MBD Padang Terap,
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 18 JULAI 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dijemput bersama dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Naka pada 17 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Anggerik, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Kedah Darul Aman disini.
PBSD Padang Terap antara agensi kerajaan penerima Anugerah Penglibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS) di majlis tersebut diatas pencapaian dan kerjasama yang diberikan selama ini dalam menjayakan pelbagai aktiviti secara kerjasama dengan pihak sekolah tersebut.
Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Jafri bin Din, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap. Hadir bersama Pn. Faridah binti Derani, Pengetua SMK Naka.
En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir bagi mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)