6 JUN 2024, KULIM - Perjumpaan & Perbincangan bersama Encik Tan Eng Hoe, Guru Besar SJKC Chio Min B merangkap Pengerusi Teknikal Sukan Bola Tampar PPD Kulim/Bandar Baharu dihadiri bersama Encik Mohd Zaidi Bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim dan Encik Jamaluddin Bin Jusoh, Pegawai Pembangunan Unit Sukan PBSD Kulim.
Perbincangan ini adalah untuk memperincikan Teknikal & Pengurusan Program Liga Sukan Komuniti 2024 Peringkat Daerah Kulim bagi Sukan Bola Tampar Wanita yang akan berlangsung pada 22 Jun 2024 bertempat di SJKC Chio Min B & SMJK Chio Min, bermula jam 8.00 pagi. Seramai 16 pasukan disasarkan bagi pertandingan LSK Daerah Kulim ini.
Turut dibincangkan adalah cadangan menubuhkan Persatuan Bola Tampar Daerah Kulim.
Turut dibincangkan adalah cadangan menubuhkan Persatuan Bola Tampar Daerah Kulim.
Disediakan oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 91
