SRI AMAN, 02 JULAI 2025 – Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman Bil. 3/2025 Tahun 2025 telah diadakan pada 01 Julai 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Khalid Bin Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah pembentangan laporan dan maklumbalas daripada setiap unit berhubung pengurusan pejabat iaitu pentadbiran, dan kewangan, perancangan program pembangunan Sukan, Belia dan Rakan Muda yang akan dilaksanakan.
BINTULU, 31 JULAI 2025 – Seramai 68 peserta yang terdiri daripada pelajar dan fasilitator bagi Kem Belia 2025 Peringkat Bahagian Bintulu. Kem Belia 2025 Peringkat Bahagian Bintulu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Universiti Putra Malaysia Sarawak.
Objektif program kem belia ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahatya dan kesan gejala sosial dan jenayah kepada belia. Penyertaan peserta kem kali ini adalah belia berumur 13-16 tahun dan berwarganegara Malaysia.
Majlis Perasmian Penutupan Kem Belia 2025 Peringkat Bahagian Bintulu telah disempurnakan oleh yang berbahagia Dr. Noorasmah Binti Saupi, dekan fakulti sains pertanian dan perhutanan, UPM Sarawak wakil PROVOS UPM Sarawak. Turut hadir, Pengerusi Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu, guru-guru pengiring serta barisan fasilitator kem belia 2025.
Pihak pejabat merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program kem belia 2025 peringkat bahagian bitnulu berjalan dengan jayaanya. Semoga dengan adanya kem belia ini dapat mencipta perubahan dari aspek disiplin dan memupuk semangat bertanggungjawab yang tinggi dalam diri.
BINTULU, 31 JULAI 2025 – Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Julai 2025 bertempat di Stadium Bintulu. Seramai 382 penyertaan yang terdiri daripada pelbagai daerah dan negeri telah mengikuti pertandingan tersebut.
Kejohanan memanah tersebut adalah merupakan dana Geran Padanan Sukan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Sebanyak RM 55,000.00 geran padanan sukan telah disalurkan kepada persatuan memanah tradisional negeri Sarawak.Turut hadir bagi kejohanan tersebut ialah puan Diana Nuff Binti Abdel Aziz, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.
Sambutan dan penyertaan yang diterima adalah sangat luar biasa dan memberangsangkan. Semoga dengan adanya kejohanan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai lagi pelapis atlet negara bagi sukan memanah.
Bangi, 29 Julai 2025 – Seramai lapan orang warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dalam satu majlis gemilang yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre.
Majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini bertujuan mengiktiraf penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang, komitmen tinggi, dan dedikasi luar biasa dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang tahun.
Warga JBSN Sarawak yang menerima penghargaan ialah:
1. Encik Abu bin Amir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan; 2. Encik Dennis Dempi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan; 3. Encik Mohd Nadzrul Idzlan Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan; 4. Encik Mohd Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah; 5. Encik Abdul Rani Jemi, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei; 6. Puan Aimy Alisha Charlie, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang; 7. Encik Eric Zakaria Ho Abdul Hamid Ho, Pembantu Tadbir Kewangan, Bahagian Pengurusan (Kewangan); dan 8. Encik Gira anak Langat, Pembantu Khidmat Am, Bahagian Pengurusan (Pentadbiran).
Penganugerahan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada semua penjawat awam di JBSN Sarawak untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam menyumbang kepada pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
SARIKEI, 26 Julai 2025 : Pertandingan Buskers sempena Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping telah diadakan pada 26 Julai 2025 bertempat di Taman Rekreasi Sebangkoi, Sarikei. Sebanyak 6 kumpulan buskers, dan kumpulan Gema Project telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut sekaligus menewaskan 5 kumpulan buskers yang lain. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah di sempurnakan oleh YBhg.Datu Michael Ronnie Langgong Residen Bahagian Sarikei. Program Rakan Muzik : Clash of Buskers amat signifikan dan wajar dilaksanakan dan diteruskan dari semasa ke semasa supaya lebih ramai anak muda diberikan peluang dan ruang untuk mengasah kebolehan, mengekpresikan bakat dan mempergiat ilmu kesenian. Program ini juga menjadi tumpuan kepada penggiat dan pengamal seni tempatan sekali gus mencungkil bakat nyanyian dan bermain alat muzik serta memberi pengiktirafan kepada seminan jalanan.
SARIKEI, 26 Julai 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei (PBSB Sarikei) telah melaksanakan Program Fiesta Rakan Muda pada 26 Julai 2025 di Taman Rekreasi Sebangkoi. Aktiviti yang dilaksanakan ialah Pertandingan Rakan Muda Doodle Art, Pertandingan Inovasi Kitar Semula, dan Rakan Litar RC 4X4 Trail Crawler serta Gerai Jualan. Bagi memeriahkan lagi suasana fiesta ini, PBSB Sarikei telah membuat kerjasama strategik dengan menggabungkan pelaksanaan aktiviti bersama Duton Mountaineering Club (Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping), Majlis Daerah Sarikei dan KEMADAS (RC 4X4 Trail Crawler), Jabatan Hutan Wilayah Sarikei (Kembara Rimba Sebangkoi), Sarikei Goyang Club (Malaysia Aktif @ Komuniti) dan MAKSAK Sarikei (Gotong royong jalan Pan-Borneo). Seramai lebih 800 orang terlibat dengan semua aktiviti yang diadakan pada 25-27 Julai 2025. PBSB Sarikei mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu pelaksanaan Fiesta Rakan Muda peringkat Bahagian Sarikei.
Sarikei, 20 Julai 2025 : Pertandingan Catur Individu 1000 Liga Peringkat Bahagian Sarikei telah berakhir dengan meriah di Dewan Klan Hi Sarikei.Sebanyak 50 orang peserta telah penyertai pertandingan tersebut. Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh En. Zulfadli Leonardo Penolong Pegawai Belia dan Sukan Unit Rakan Muda PBS Sarikei. Program 1000 Liga dilaksanakan untuk memupuk minat dan menarik penyertaan lebih ramai dari pelbagai peringkat umur di peringkat akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation). Tahniah kepada peserta yang menang dan semua peserta yang bertanding pada kali ini. Jutaan penghargaan kepada Kelab Catur Sarikei yang diketuai Mr. Hii How Shuay dari Kelab Catur Sarikei atas komitment dan kerjasama yang diberikan. Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Sarikei, 8 Julai 2025 : Pertandingan Petanque Individu 1000 Liga Bahagain Sarikei 2025 telah pun berlansung meriah dengan penyertaan seramai 50 orang peserta. Pada tahun ini, pertandingan Petanque telah dianjurkan oleh Kelab KEMADAS Bahagian Sarikei dan PBS Bahagian Sarikei. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Philip Gira, Pengerusi Jawatankuasa Kelab KEMADAS Sarikei. Objektif 1000 liga ini bertujuan meningkatkan penyertaan komuniti setempat, membangunankan bakat sukan peringkat akar umbi, pengukuhan jaringan antara kelab sukan dan agensi kerajaan serta meningkatkan kesedaran terhadap gaya hidup sihat. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan.
SAMARAHAN, 26 Julai 2025 – Suasana pagi hujung minggu di perkarangan The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, dimeriahkan dengan kehadiran penduduk setempat yang menyertai Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Peringkat Bahagian Samarahan Siri ke-7.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan ini dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan telah menjadi acara mingguan yang dinanti-nantikan, berlangsung setiap hari Sabtu sebagai platform menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.
Antara aktiviti utama yang menarik perhatian ialah senamrobik yang penuh bertenaga serta sesi "conditioning" – latihan kecergasan yang menumpukan kepada kekuatan dan ketahanan fizikal. Suasana lebih meriah dengan Cabutan Rahmah, aktiviti sampingan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para peserta bertuah.
Menurut Puan Norliati Binti Li, wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, program ini bukan sekadar bersenam, malah menjadi ruang untuk merapatkan hubungan sesama komuniti. “Kami berbesar hati melihat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Samarahan semakin prihatin terhadap kesihatan dan pentingnya gaya hidup aktif,” katanya.
Program Malaysia Aktif @Komuniti akan diteruskan sepanjang tahun ini dengan pengisian yang lebih menarik, dan orang ramai dialu-alukan untuk terus menyertai bagi menjadikan Samarahan sebagai komuniti yang sihat, cergas dan harmoni.