
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Ilmu Ditimba Tatakelola Dijaga
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 SEPTEMBER 2025: Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Encik Kigen Anak Satong bersama semua ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menghadiri Kursus Arahan Pentadbiran Kewangan Training of Trainer (APK TOT) Kementerian Belia dan Sukan Tahun 2025 dari 24 hingga 26 Sepetember yang lalu bertempat di Acappella Suite Hotel, Shah Alam.
Kursus yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini menekankan pengisian berkaitan peraturan kewangan kerajaan, belanjawan, perolehan, serta pentadbiran dan akaun. Kursus ini bertindak sebagai platform untuk memberi penerangan kepada pegawai KBS khususnya bagi mereka yang terlibat secara langsung menguruskan kewangan di PTJ mengenai kawalan dalaman KBS yang berkuatkuasa.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama