- JBS Sarawak
- Hits: 5
Mesyuarat Pengurusan PBSB Kapit Tekankan Penyelarasan Program
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 30 September 2025 — Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit pagi tadi telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis.
Mesyuarat ini membincangkan laporan daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pembangunan Sukan, Unit Pembangunan Belia serta Unit Pembangunan Rakan Muda. Antara perkara utama yang disentuh termasuk penyelarasan pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan di peringkat bahagian, penggunaan sumber kewangan secara berhemah serta perancangan aktiviti komuniti yang lebih menyeluruh menjelang suku tahun ketiga 2025.
Mesyuarat ini juga menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara unit di bawah PBSB Kapit bagi memastikan setiap program yang dilaksanakan memberi impak positif kepada masyarakat setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit