
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Jalinan Kerjasama Bagi Visi Yang Sama
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 SEPTEMBER 2025: Bintulu dipilih menjadi tuan rumah sambutan Minggu Belia Sarawak yang akan berlangsung dari 13 hingga 19 Oktober depan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara tahunan itu bertujuan mengiktiraf serta memperkasa golongan belia, selain menjadi platform untuk mengembangkan bakat anak muda Sarawak. Beliau berkata demikian setelah mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Akhir program tersebut yang diadakan pada 29 September 2025 di Dewan Mesyuarat Mulu, Tingkat 17, Sayap Kanan, Bangunan Baitulmakmur 2 jam 3.00 petang.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Encik Kigen Anak Satong. Pejabat Belia dan Sukan Bintulu terlibat secara langsung dalam menjayakan pogram ini apabila diberikan mandat untuk melaksanakan beberapa aktiviti seperti Kayuhan Madani, Senamrobik, E-Sukan, Pertandingan Dart dan Aktif Ekspres.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama