Balik Pulau, 25 Spetember 2025 - Pada 29 Ogos 2025 bertempat di White Resort Camp,Balik Pulau,Penang. Program ini akana dilaksanakan selama 3 hari 2 malam.
Bermula dengan pendaftaran & taklimat, peserta terus bersemangat bila masuk sesi ice breaking & pembinaan pasukan. Memang meriah suasana bila semua mula kenal antara satu sama lain.
Aktiviti hari pertama ni jadi permulaan terbaik sebelum peserta teruskan cabaran-cabaran menarik esok! Stay tuned untuk update esok!
Sungai Puyu, Butterworth, 25 Ogos – Program Malaysia Aktif@Komuniti Daerah Seberang Perai Utara 2025 Siri 11 berlangsung meriah di Taman Sentral, Sungai Puyu dengan penyertaan masyarakat setempat daripada pelbagai lapisan umur.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat KADUN Sungai Puyu yang diwakili YB Phee Syn Tze serta sokongan MPKK Kampung Baru. Aktiviti utama berbentuk kecergasan iaitu senamrobik zumba, dikendalikan oleh Instruktur Kecergasan KBS, Pn. Norli, yang berjaya menceriakan suasana dengan alunan muzik bertenaga.
Kehadiran ramai peserta membuktikan komitmen masyarakat dalam menjayakan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat Satu Malaysia. Program sebegini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah memperkukuh ukhwah dan perpaduan komuniti setempat.
Sungai Puyu, 25 Ogos – Program Malaysia Aktif@Komuniti Daerah Seberang Perai Utara 2025 Siri 11 berlangsung meriah di Taman Sentral, Sungai Puyu dengan penyertaan masyarakat setempat daripada pelbagai lapisan umur.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat KADUN Sungai Puyu yang diwakili YB Phee Syn Tze serta sokongan MPKK Kampung Baru. Aktiviti utama berbentuk kecergasan iaitu senamrobik zumba, dikendalikan oleh Instruktur Kecergasan KBS, Pn. Norli, yang berjaya menceriakan suasana dengan alunan muzik bertenaga.
Kehadiran ramai peserta membuktikan komitmen masyarakat dalam menjayakan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat Satu Malaysia. Program sebegini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah memperkukuh ukhwah dan perpaduan komuniti setempat.
George Town, 26 Ogos 2025 - Majlis Perundingan Belia Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, dengan kehadiran lebih 100 ahli persidangan.
George Town, 26 Ogos 2025 - Program Kecergasan Jabatan Audit Negara (JAN) 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 23 Ogos 2025 (Sabtu) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Program ini menghimpunkan lebih 1,000 warga JAN dari seluruh negara melalui penyertaan mengikut lima zon iaitu Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Borneo. PBSD Timur Laut berkolaborasi memeriahkan suasana melalui program Malaysia Aktif @ komuniti siri ke-10 dengan memperkenalkan aktiviti kecergasan senamrobik kepada peserta. Sepanjang penganjuran, pelbagai acara sukan dipertandingkan melibatkan 13 kategori termasuk bola sepak, bola jaring, badminton, ping pong, sepak takraw, bola tampar lelaki dan wanita, dart, catur, karom serta tenpin boling (lelaki, wanita dan veteran). Majlis Perasmian Program Kecergasan JAN 2025 telah dirasmikan oleh Dato Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi selaku Ketua Juruadit Negara. Majlis turut diserikan dengan sesi kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang melambangkan semangat patriotisme serta kebersamaan warga JAN. Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut memperkukuh semangat kebersamaan, disiplin serta kerjasama erat dalam kalangan warga jabatan. Semoga kejayaan dan semangat yang dipupuk sepanjang program ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kecergasan Jabatan Audit Negara. Terima kasih diucapkan kepada instruktor kecergasan Kelab Senamrobik Mutiara atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan agenda ini. Majulah sukan demi Negara #MalaysiaMadani #JBSNBersama #MalaysiaAktif #jbsnpp #TaatSetia
George Town, 26 Ogos 2025 - Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) anjuran Unit Kokurikulum SMK (L) Methodist telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa, 26 Ogos 2025 bertempat di Dewan Shew, dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Seramai 10 orang wakil pelajar daripada setiap unit beruniform telah menghadiri sesi taklimat yang penuh informasi ini, yang telah disampaikan oleh Pn. Wan Syakilah binti Wan Salim, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut. Majlis turut dihadiri oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Chew Choon Kian, serta dibantu oleh guru pembimbing Puan Norain binti Md Nor dan En. Muhammad Faiz bin Basri. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai konsep, struktur dan pelaksanaan ARPRM, termasuk syarat kelayakan serta pencapaian bagi tahap Gangsa, Perak dan Emas.
Pelajar yang berminat telah diberikan borang pendaftaran sebagai langkah awal penyertaan, dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Tindakan susulan akan dilaksanakan bagi memulakan proses pendaftaran peserta bagi peringkat Gangsa.
Butterworth, 18 Ogos 2025 - Program Plogging Pupuk Kesedaran Alam Sekitar, YB Kumaran Krishnan mewakili YB Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan, merasmikan Program Khidmat Masyarakat: “Plogging Pupuk Kesedaran Alam Sekitar” pada 17 Ogos 2025 di Masjid Jamek Bagan Dalam.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan, Pejabat Penerangan Daerah SPU dan Kelab Belia Paya Keladi Masjid serta dengan kerjasama Masjid Bagan Dalam ini berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam aktiviti plogging yang menggabungkan larian santai dan kutipan sampah, sekali gus menyemai kesedaran kebersihan, kesihatan serta semangat perpaduan selaras dengan tema Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
Turut hadir, wakil agensi kerajaan, AJK Masjid, KRT Bagan Dalam, JMB Flat Sri Bagan, Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) DUN Bagan Dalam serta komuniti setempat.
Gelugor, 17 Ogos 2025 - Terima kasih semua yang hadir memeriahkan Kursus Marshall Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 pada 17 Ogos 2025 di Tapak Pesta Sungai Nibong!
Program hebat ini telah dirasmikan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan & Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Tahniah buat semua peserta 💯 – hampa memang power! Ilmu & pengalaman yang hampa dapat ni confirm berguna untuk mantapkan lagi penganjuran acara sukan dan aktiviti belia lepas ni.
Balik Pulau, 17 Ogos 2025 - Pada 16 Ogos 2025, Program Rakan Muda Plogging @ Komuniti Siri 1 Peringkat Daerah Barat Daya 2025 telah berlangsung meriah di Taman Pondok Upeh, melibatkan penyertaan seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya ini bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan belia mengenai kepentingan gaya hidup sihat serta tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar. Aktiviti utama berbentuk plogging iaitu gabungan larian santai sambil mengutip sampah berjaya memberi pengalaman baharu kepada para pelajar.
Sepanjang program, para peserta mengambil bahagian dalam aktiviti pemanasan badan, larian plogging di sekitar taman, serta sesi taklimat ringkas mengenai kepentingan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Hasil kutipan sisa daripada aktiviti tersebut dikumpul dan dihantar ke pusat kitar semula sebagai langkah sokongan terhadap kelestarian hijau.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan pihak sekolah atas sokongan terhadap usaha memupuk budaya sihat dalam komuniti.
“Program seperti ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada belia tentang kebersihan persekitaran, malah mampu menggalakkan gaya hidup aktif dan membina semangat sukarelawan dalam kalangan generasi muda,” katanya semasa berucap menutup program tersebut.
Program Rakan Muda Plogging @ Komuniti Siri 1 ini dijangka menjadi pemangkin kepada penganjuran siri-siri seterusnya di daerah Barat Daya sepanjang tahun 2025, dengan harapan dapat melibatkan lebih ramai belia dan komuniti setempat dalam aktiviti sihat serta mesra alam.
Bukit Mertajam, 17 Ogos 2025 - Program Kursus Pendek Spa & Kecantikan peringkat Daerah Seberang Perai Tengah 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Aktiviti KEMAS, Kampung Sekolah Juru pada 16 Ogos 2025.
Program ini memberi peluang kepada para peserta menimba ilmu dan kemahiran dalam bidang spa & kecantikan sebagai persediaan menjana pendapatan serta meningkatkan keyakinan diri.
Tahniah & terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta pihak penganjur dan rakan kerjasama yang menjayakan program ini. 🙌