- JBS Penang
- Hits: 17
Perbincangan Konsep Dan Aktiviti Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang
- JBS Penang
- Hits: 17
Gelugor, 22 April 2026 - Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan melibatkan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) bagi menyelaras konsep serta perancangan aktiviti sempena Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada penyusunan pengisian program yang lebih segar, inklusif dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi memperkasa pembangunan belia secara menyeluruh. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pemilihan lokasi strategik yang berpotensi menarik penyertaan belia dari pelbagai latar belakang, termasuk belia bandar dan luar bandar.
Selain itu, pengisian program akan distrukturkan kepada lima segmen utama iaitu Penciptaan dan Peluang Pekerjaan, Kepimpinan dan Kesukarelawanan, Malaysia Aktif, Inovasi dan Digital, serta Kebudayaan, Keseniaan dan Muzik. Pendekatan ini diambil bagi memastikan program HBN 2026 bukan sahaja bersifat hiburan, malah memberi nilai tambah dan manfaat kepada pembangunan sahsiah, kemahiran serta kebolehpasaran belia.
Pihak penganjur turut menekankan kepentingan kolaborasi erat antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam menjayakan sambutan ini, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama demi kepentingan belia negeri.
Turut hadir Timbalan Pengarah Belia JBSN Pulau Pinang, Mohd Nadzri bin Mohd Khairuddin, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi MBN serta pegawai-pegawai Bahagian Belia JBSN Pulau Pinang.
Diharapkan hasil perbincangan ini akan menjadi asas kukuh dalam pelaksanaan Hari Belia Negara 2026 peringkat negeri yang lebih tersusun, berimpak tinggi dan mampu menarik kehadiran pengunjung dalam skala yang lebih besar, sejajar dengan usaha menjadikan belia sebagai pemacu utama pembangunan negara
#jbspenang #KBSMalaysia #BeliaSukan #Jbsnegara #JBSNegara #JBSNKomited #teamKBS #rakanmuda #PulauPinang #yakinboleh #MADANIBekerja #MalaysiaMadani #TaatSetia
