Balik Pulau, 28 Jun 2025 - Aktiviti kemuncak Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 ialah Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah.
Balik Pulau, 28 Jun 2025 - Sempena Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 telah diadakan Bendang Warrior bertempat di Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Balik Pulau, 28 Jun 2023 - Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 Senamrobik Tradisional dan Pendaftaran telah berlangsung di Perkarangan MAsjid KampunG Perlis, Balik, Pulau Pulau Pinang.
BALIK PULAU, 28 Jun 2025 – Perkarangan Masjid Kampung Perlis hari ini menjadi tumpuan anak muda apabila berlangsungnya pertandingan Pelikat 3on3 Street Soccer, sebuah acara unik yang menggabungkan elemen sukan jalanan dan budaya tempatan.
Acara yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, dengan kerjasama pelbagai rakan komuniti termasuk Rakan Muda dan KSTB.
Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai RM500, diikuti naib johan RM300 dan tempat ketiga RM100.
BALIK PULAU, 28 Jun 2025 – Lebih 500 peserta pelbagai peringkat umur menyertai Bendang Fun Walk 3KM yang berlangsung dengan penuh semangat di perkarangan Masjid Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang, seawal jam 7.00 pagi.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama MPKK Kampung Perlis, Balik Pulau, Penang dengan kerjasama Kelab Sukan Bola Sepak Teluk Bahang ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat sambil mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana desa yang damai. Menariknya, para peserta digalakkan mengenakan pakaian tradisional atau pakaian kampung, sekali gus menceriakan lagi suasana dengan elemen warisan budaya tempatan.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada seluruh Komuniti Kampung Perlis Balik Pulau yang membantu dari segi penganjuran dan hadir bersama memeriahkan lagi program ini.
10 Jun 2025 | Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Big Screen Malaysia vs Vietnam di Kombes Pulau Pinang Meriah dengan semangat penyokong-penyokong harimau malaya yang sentiasa memberi semangat kepada pemain malaysia. Keputusan Malaysia 4-0 Vietnam