- JBS Penang
- Hits: 31
Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak & Tahap Gangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang
- JBS Penang
- Hits: 31
Bukit Mertajam, 15 Januari 2025 - Pada 23 November 2025, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) telah melaksanakan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak dan Tahap Gangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Perdana, IKTBN Bukit Mertajam. Seramai 100 orang peserta menerima Anugerah Tahap Perak, manakala 189 peserta menerima Anugerah Tahap Gangsa. Selain itu, beberapa pemimpin terpilih turut dianugerahkan Sijil Penghargaan atas sumbangan mereka dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Beliau turut menyempurnakan penyampaian sijil bersama:
• En. Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah
(Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang).
• En. Mohamad Syakir Bin Safarruddin,
(Timbalan Pengarah IKTBN Bukit Mertajam)
• Cik Ong Ching Shi, Timbalan Pengurus Besar
(Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang)
• En. Mohamad Naim Bin Kasin, Setiausaha Agung (Majlis Belia Negeri Pulau Pinang)
Secara keseluruhan, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif, iaitu menghargai usaha, komitmen serta pencapaian para penerima Anugerah dan pemimpin yang terlibat dalam program pembangunan Rakan Muda.
#KBS
#JBSN
#JBSNPP
#RAKANMUDA
#ARPRM2025
