- JBS Penang
- Hits: 21
Perlawanan persahabatan Bola Jaring dan Bola Tampar Campuran
- JBS Penang
- Hits: 21
Gelugor, 15 Januari 2026 - Bertarikh 20 Dis 2025, telah berlangsung satu perlawanan persahabatan Bola Jaring dan Bola Tampar Campuran telah diadakan di antara JBS Negeri Pulau Pinang dengan JBS Negeri Perak. Kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam perlawanan persahabatan yang diadakan.
Sesi pertukaran cenderahati telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hafizi bin Ahmad Zaini, Penolong Pengarah JBS Negeri Pulau Pinang dengan En. Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah JBS Negeri Perak.
Sukan adalah satu platform yang dapat mengeratkan silaturrahim selain menyihatkan tubuh badan. Setelah bergelut dengan penyelarasan dan pelaksanaan program sepanjang tahun, para pegawai/ kakitangan JBS Negeri Pulau Pinang & JBS Negeri Perak dapat juga membudayakan sukan pada akhir tahun.
#JBSPenang
#JBSPerak
#JBSNegara
#KBSMalaysia
