Program Gotong-Royong Santuni Madani

29 November 2025, Kg Baru Penaga — Program Gotong-Royong Santuni Madani hari ini berlangsung meriah di Kampung Baru Penaga, Pulau Pinang, sebagai usaha bersama meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui inisiatif kampung angkat di bawah naungan YB Tuan Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Naim, Penyelaras KADUN Penaga. Turut hadir memeriahkan program ialah YDP Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara, Pengerusi Skuad Antidadah SPU, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara, Pegawai Khas YB Dato’ Seri Reezal, Penghulu Dun Penaga, wakil-wakil MPKK, JPKKP dan Kariah Masjid.

Aktiviti gotong-royong memberi tumpuan kepada pembersihan semak-samun, menurap jalan berlubang, membersih ruang dewan komuniti, serta menyediakan ruang bilik tuisyen lengkap dengan meja dan kerusi untuk kegunaan penduduk kampung, khususnya generasi muda.

Program ini turut dimeriahkan oleh kehadiran pelbagai sukarelawan daripada PYDC, Skuad AADK, Majlis Belia Daerah SPU, serta komuniti setempat, menunjukkan komitmen kukuh pelbagai agensi dan belia dalam menjayakan agenda kesukarelawanan di peringkat akar umbi.
Program ini berjaya mewujudkan suasana harmoni dan semangat kerjasama antara agensi kerajaan, belia, serta penduduk tempatan selaras dengan aspirasi Santuni Madani.

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search