- JBS Penang
- Hits: 10
Program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang Buki
- JBS Penang
- Hits: 10
Permatang Pauh, 15 Januari 2026 - Program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah, interaktif dan berinformasi di Dewan Kuliah Utama & Dewan Seri Mutiara, Pulau Pinang. Kehadiran para belia dari pelbagai latar belakang menjadikan suasana program begitu hidup dan penuh semangat!
Majlis Perasmian Penutup Program disempurnakan oleh YB Senator Tuan Amir bin Md Ghazali, Ahli Dewan Negara.
Sepanjang program, para peserta berpeluang mengikuti pelbagai slot menarik meliputi bidang keusahawanan, pertanian moden, ekonomi digital, seni kreatif dan kos sara hidup — di samping menyertai kuiz, cabutan bertuah, serta aktiviti di reruai agensi.
Penganjuran ini turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Belia Negeri Pulau Pinang,Politeknik ,PERKESO, Jabatan Pertanian, PYDC, Digital Penang,Kaki Jersey Kopa, KPDN dan pelbagai agensi lain yang komited dalam memperkasa belia melalui perkongsian ilmu, peluang kerjaya dan pendedahan kepada dunia ekonomi sebenar.
Terima kasih kepada semua agensi dan peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu, pengalaman dan jaringan yang diperoleh menjadi pemangkin kepada belia Pulau Pinang yang lebih berdaya saing, inovatif dan berdikari.
#GentaBelia2025 #BeliaPulauPinang #PemerkasaanEkonomiBelia #KBSMalaysia #BeliaProgresif #PulauPinangAktif #AnakMudaBerdaya
