Sinergi Memperkasa Belia : Persiapan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang

GELUGOR, 17 April 2026  – Satu kunjungan hormat dan perbincangan pra-sambutan telah diadakan hari ini melibatkan Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP), Encik Vincent Tan Chor Lim ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang.

Pertemuan strategik ini bertujuan menyelaraskan gerak kerja dan pengisian bagi Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pulau Pinang yang bakal menjelang, bagi memastikan aspirasi dan suara belia di negeri ini terus diangkat melalui pengisian yang berimpak tinggi.

Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut Encik Rizal Bin Mad Zin, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNPP, Puan Nu Anis Binti Jaafar,Pegawai Unit Pembangunan Sosial Bahagian Pembangunan Belia dan Puan Siti Rohani, Pegawai Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia JBSNPP.

Sinergi erat antara pihak JBSNPP dan MBNPP menjadi nadi utama dalam memperkasakan agenda pembangunan belia, khususnya dalam melahirkan generasi muda yang dinamik dan berdaya saing di Pulau Pinang.

Nantikan pengumuman lanjut mengenai kemuncak sambutan Hari Belia tidak lama lagi!

#HariBelia2026 #BeliaPulauPinang #JBSNPP #MBNPP #RakanMuda #BeliaNegara #PulauPinang #YouthPower

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search