- JBS Penang
- Hits: 9
Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol
- JBS Penang
- Hits: 9
Gelugor, 22 April 2026 - Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan telah berlangsung dengan jayanya pada 20 April 2026 bersama warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Program ini menjadi platform terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama antara kepimpinan dan kakitangan jabatan. Kehadiran YB Tuan Mordi Bimol jelas memberi suntikan semangat dan motivasi kepada seluruh warga kerja dalam terus komited memartabatkan pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Semoga hubungan yang terjalin ini terus diperkukuh demi kecemerlangan perkhidmatan dan kemajuan belia serta sukan di Pulau Pinang.
#jbspenang #KBSMalaysia #BeliaSukan #Jbsnegara
