Kejohanan Penang Invitational Judo Championship 2026

PULAU PINANG, 19 April 2026 — Kejohanan Penang Invitational Judo Championship 2026 yang berlangsung di Sunshine Central, Pulau Pinang terus mencuri tumpuan apabila menghimpunkan seramai 720 peserta dari dalam dan luar negara. Kejohanan yang telah dianjurkan sejak tahun 2018 ini menyaksikan penyertaan kelab-kelab dari Hong Kong, Australia, Uzbekistan, Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailand, Jepun serta Malaysia, menjadikannya platform penting dalam pembangunan sukan judo di peringkat antarabangsa.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dengan kehadiran barisan kepimpinan sukan termasuk wakil Persekutuan Judo Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Turut berlangsung adalah sesi penyerahan mock cheque serta cenderamata sebagai simbol sokongan padu terhadap penganjuran kejohanan ini, termasuk sumbangan dana geran padanan sukan berjumlah RM50,000.00.

Kejohanan anjuran Persatuan Judo Pulau Pinang dengan sokongan pelbagai agensi ini bukan sahaja mengangkat imej Pulau Pinang sebagai hab sukan berprestij, malah menjadi medan memperkukuh hubungan antarabangsa serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan atlet judo.

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search