Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Muda bagi Peringkat Daerah dan Negeri Pulau Pinang

Gelugor, 22 April 2026 - Bertarikh 16 April 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah berlangsung mesyuarat penyelarasan program Rakan Muda di peringkat negeri dan daerah.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Rakan Muda, En. Abd Hamid. Turut hadir Penolong Pegawai Rakan Muda, En. Rizal dan En. Joni serta Pegawai PBSD dan Pegawai unit Rakan Muda bagi setiap daerah di Negeri Pulau Pinang.

Harapan agar segala keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh semua pihak yang terlibat. Kerjasama berterusan antara peringkat negeri dan daerah amat penting bagi memastikan pelaksanaan Program Rakan Muda berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

#KBS
#JBSN
#JBSNPP
#RakanMuda

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search