Tayangan Skrin Besar Peringkat Negeri Pulau Pinang

George Town, 19 April 2026 - Suasana penuh meriah dan luar biasa di Padang Kota Lama malam ini apabila ribuan peminat setia Penang FC membanjiri kawasan bagi menyaksikan Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Malaysia Football League Challenge Cup di antara Sabah FC menentang Penang FC.   

Kehadiran Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang turut meluangkan masa bersama para penyokong menambahkan lagi seri acara. Beliau juga telah menyempurnakan penyerahan rasmi gimik kotak HBN 2026 kepada Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah pada malam ini.

Turut hadir memeriahkan suasana Tuan Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Tuan Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Negeri Pulau Pinang, Tuan Muhammad Muashraf Bin Mohamed, Pengarah Pengurusan Korporat dan Komuniti Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dan Saudara Vincent Tan Chor Lim, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyokong Penang FC yang hadir memberikan sokongan padu. Semangat dan sorakan anda semua memang padu!

Hampa memang HARIAA!  
 
#jbspenang #kbsmalaysia #jbsnegara #rakanmuda

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search