SERKAM, 14 Julai 2020 - Proses pembangunan belia dan sukan memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak hanya tertumpu di bahu Kementerian Belia dan Sukan semata-mata selaku tonggak utama yang merencanakan misi, visi dan dasar serta masa depan belia dan sukan di masa hadapan dan ia dibuktikan melalui sesi pertemuan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin bersama pemimpin tempatan pada petang ini.
Perjumpaan di antara Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali bersama ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan telah membincangkan beberapa isu serta fokus penting berkaitan program pembangunan fizikal kemudahan sukan dan program-program pembangunan ekonomi serta kepimpinan belia di kawasan ini.
Dalam pertemuan tersebut Datuk Zaidi yang terkenal sebagai 'penyokong kuat' persatuan belia setempat telah mendengar taklimat serta penerangan ringkas daripada Nurul Haida tentang perancangan di peringkat kementerian dan di peringkat pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin ke atas DUN Serkam khususnya dan Datuk Zaidi seterusnya melontarkan pendapat, cadangan dan pandangan beliau untuk sama-sama menambah baik pembangunan belia dan sukan di situ.
- JBS Melaka
- Hits: 626
