AYER KEROH, Melaka 21 Oktober 2020 - Jawatankuasa Keselamatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan aktiviti gotong royong di kawasan aras 1 dan 2 bangunan JBSNM. Tujuan gotong royong ini dibuat adalah bagi memindahkan fail-fail tutup yang telah dilonggokkan berhampiran stor fail JBSNM. Selain itu fail-fail tersebut juga disusun didalam kotak yang disediakan dan diletakkan ditempat yang bersesuaian bagi tujuan keselamatan dokumen di peringkat Jabatan.
Disediakan Oleh: Cik Jalma Binti Annas, Cawangan Pembangunan Belia,JBSNM
AYER KEROH, Melaka 21 Oktober 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Merakamkan ucapan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak media di dalam negeri Melaka yang hadir membuat liputan sidang media bagi Mesyuarat Post EXCO NGO,Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bil 3 Tahun 2020 pada 15 Oktober 2020 yang lalu. Semoga jalinan kerjasama seperti ini akan berterusan diantara jabatan dan media-media khusunya di dalam negeri Melaka terutama dalam memartabatkan dan memajukan aktiviti dan progam-program agensi yang terlibat di dalam port folio ini.
Disediakan Oleh: Cik Jalma Binti Annas, Cawangan Pembangunan Belia,JBSNM
AYER KEROH, Melaka 19 Oktober 2020– Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Keselamatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat JBSNM yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JBSNM; Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin merangkap Pegawai Keselamatan JBSNM (PKJ). Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan keselamatan perlindungan di JBSNM yang merangkumi aspek pengurusan dan kawalan keselamatan pejabat, ICT, peralatan, dokumen, peribadi dan lain-lain. Selain itu mesyuarat ini juga telah membentangkan lima pecahan lantikan jawatankuasa kecil iaitu Jawatankuasa Kecil Bahagian Komitmen Pengurusan (Umum) yang diketuai oleh Pegawai Keselamatan JBSNM manakala bagi Jawatankuasa Kecil Bahagian Keselamatan Dokumen pula diketuai oleh En Mohd Rais Bin Nyet. Sementara itu, Bahagian Jawatankuasa Kecil Keselamatan Fizikal diketuai oleh Encik Yazid Bin Yahya. Manakala Jawatankuasa ICT pula diketuai oleh Encik Armyrul Fairuz Bin Md Azali Jawatankuasa Kecil Keselamatan Peribadi diketuai oleh Puan Shopedah Binti Mohamed.
Disediakan Oleh : Jalma Binti Annas, Bahagian Pembangunan Belia, JBSNM
AYER KEROH, Melaka 19 Oktober 2020 – Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Pembangunan Belia JBSNM Bilangan 6 Tahun 2020 yang dipengerusikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin; Timbalan Pengarah JBSNM. Antara agenda yang dibincangkan didalam mesyuarat ini adalah penyelarasan berkaitan program-program anjuran setiap bahagian dan program-program dibawa port-folio Post Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Disediakan Oleh: Cik Jalma Binti Annas, Cawangan Pembangunan Belia,JBSNM
MELAKA, 16 Oktober 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bil. 1 Tahun 2020 telah dilaksanakan pada 16 Oktober 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat, JBSNM yang dipengerusikan oleh Pengarah JBSNM, En Noorman Bin Ramlan. Objektif mesyuarat dibuat adalah bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan keselamatan di peringkat Jabatan dan premis-premis dibawah seliaan JBSNM.Jawatankuasa Keselamatan JBSNM ini bertanggungjawab terhadap pengendalian, penyelarasan serta pemantauan keselamatan pejabat terutama dari aspek Keselamatan Perlindungan yang berdasarkan buku Arahan Keselamatan. Selain itu, mesyuarat ini juga diadakan bagi memastikan setiap teguran daripada pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan, Jabatan Perdana Menteri (CGSO) Negeri Melaka diambil tindakan dan dipatuhi.
Disediakan Oleh: Cik Jalma Binti Annas, Cawangan Pembangunan Belia,JBSNM
MELAKA, 16 Oktober 2020 – Selaku urusetia induk bagi Mesyuarat Post EXCO NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah berjaya mengadakan Mesyuarat Post EXCO NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bil 3 Tahun 2020 pada 15 Oktober 2020 yang lalu.Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dipilih sebagai tuan rumah bagi penyediaan bilik mesyuarat,makandan minum pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Datuk Rafiq Bin Naizamohideen ini dihadiri oleh ketua-ketua atau wakil setiap agensi kerajaan persekutuan atau negeri serta badan-badan NGO di dalam negeri Melaka. Pelbagai isu dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut terutama aktiviti agensi yang berkaitan belia dan sukan termasuk isu melibatkan pengangguran, jenayah dan sebagainya. Turut hadir tuan Noorman Ramlan; Pengarah JBS Negeri Melaka dan timbalan Pengarah JBSNM, En Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin. Disediakan Oleh: Cik Jalma Binti Annas, Cawangan Pembangunan Belia, JBSNM
AYER KEROH, Melaka 5 Oktober 2020 – Bertempat di bilik mesyuarat JBS Melaka , Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Pembangunan Belia JBSNM Bilangan 5 Tahun 2020. Antara tujuan mesyuarat diadakan adalah sebagai sesi suai kenal diantara semua pegawai bahagian pembangunan belia bersama Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin; Timbalan Pengarah JBSNM yang baru sahaja melapor diri ke JBSNM pad 22 September 2020 yang lalu.Selain itu mesyuarat ini juga diadakan adalah bagi membincangkan dan memaklumkan aktiviti atau program-program yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Januari hingga September 2020. Turut hadir Puan Norazlin Binti Sarun, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSNM. Semua pegawai di Bahagian Pembangunan Belia JBSNM mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Timbalan Pengarah ke Melaka dan sudah semestinya kehadiran beliau akan memacu kepimpinan cemerlang dalam pentadbiran bahagian pembangunan belia Jabatan ini.
MERLIMAU, 31 Ogos 2020 - Kereta lembu memang sinonim dengan Melaka dan sebut sahaja kereta lembu pasti menjadi ingatan masyarakat di mana pengangkutan ini boleh ditemui serta merupakan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan di Melaka suatu masa dahulu.
Diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu badan, roda, gandar dan kajang namun kini ia hanya tinggal kenangan dan jika ditanya generasi hari ini, tidak mustahil ada yang tidak mengenali apakah pengangkutan tradisional ini.
Bertitik tolak daripada itu dan bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara ke-63 tahun maka Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Kilang Berapi, Merlimau mengambil inisiatif membina replika kereta lembu mengikut ukuran sebenar secara gotong royong sejak sebulan yang lalu dengan kos dibiayai oleh pertubuhan itu sendiri serta sumbangan individu demi untuk memelihara salah satu daripada warisan negeri Melaka.
Hari ini ADUN Merlimau, Datuk Roslan Ahmad meluangkan masa melawat replika kereta lembu tersebut yang ditempatkan di Taman Deretan Merlimau dekat sini dan berbangga kerana memiliki sekumpulan belia yang sudi untuk mengabadikan warisan tersebut untuk tatapan generasi muda hari ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Setiausaha Japerun Merlimau, Muslihin Muhamad; Pengerusi JPKK Merlimau Barat, Mohd Hisam A. Rahim; Pengerusi MGBD Jasin, Zaini Muhamad merangkap Pengerusi GB4B Solok Kilang Berapi serta barisan ahli dan jawatankuasa pertubuhan tersebut.
JASIN, 11 Ogos 2020 - Persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Jasin yang diadakan pada petang ini di Jasin Heritage Golf Club dekat sini telah mengetengahkan 3 usul yang berkait rapat dengan cadangan pembangunan belia dan sukan daerah Jasin dan telah dijawab oleh wakil agensi yang berkenaan selain mendapat perhatian langsung daripada Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan selaku pengerusi persidangan.
Majlis Perundingan Belia Daerah Jasin pada tahun ini dilaksanakan dalam suasana kehadiran ahli persidangan yang minima seramai 20 orang sahaja sebagaimana garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi mengawal penularan Covid 19 dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Datuk Anis dalam ucapan perasmiannya turut mengumumkan pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Melaka yang memperlihatkan belia daerah Jasin menyapu bersih johan dan naib johan bagi kategori pertubuhan belia manakala johan individu lelaki turut dimenangi oleh pemimpin belia dari daerah Jasin.
Selain daripada ahli-ahli majlis, turut hadir sama wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Mohd Syahmi Md Lasa; Penolong Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Mohd Uzaini Mohamad Sani; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali dan Pengerusi MGBD Jasin, Zaini Muhamad.