MELAKA, 31 Oktober 2020 – Bertempat di Melaka International Bowling Centre telah diadakan program Santai Bowling Gerak Remaja 4B Melaka pada 30 Oktober 2020. Objektif utama aktiviti santai ini diadakan adalah bagi memastikan kesihatan dari sudut mental dan emosi dikalangan belia Melaka khususnya Gerak Remaja 4B Melaka. Selain itu ianya bertujuan agar setiap ahli dapat berinteraksi dan bergaul mesra sesama mereka serta bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Acara santai bowling pada kali ini melibatkan ahli-ahli Gerak Remaja 4B dari enam pasukan iaitu Jasin,Tangga Batu,Masjid Tanah,Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka. Turut hadir Encik Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka dan Pengerusi Gerak Remaja 4B Negeri Melaka, Encik Muhamad Syafiq Bin Abd Majid.
Disediakan oleh: Jalma Annas,Bahagian Pembangunan Belia JBSNM
- JBS Melaka
- Hits: 645
