- JBS Melaka
- Hits: 1267
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DAERAH JASIN SELESAI LAKSANAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
MERLIMAU, 5 Ogos 2020 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Jasin merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang sangat aktif dalam melaksanakan misi-misi kebajikan dan kemasyarakatan khususnya di daerah Jasin dan ini boleh dilihat melalui perkhidmatan ambulans persatuan tersebut yang sentiasa berada di jalan raya dan pada malam ini ADUN Merlimau, Datuk Roslan Ahmad dalam ucapannya menyeru agar persatuan ini meneruskan kecemerlangan dengan memperhebatkan lagi aktiviti kemasyarakatan dan khidmat bantuan kemanusiaan.
Datuk Roslan Ahmad juga mengucapkan tahniah kepada barisan jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Jasin di atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2020 pada malam ini.
Mesyuarat yang diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jasin telah dihadiri seramai 25 orang ahli jawatankuasa. Hadir sama Pengerusi Bulan Sabit Merah Negeri Melaka, Hj Ramli Md Ali; Pengerusi Bulan Sabit Merah Daerah Jasin, Jezlee Pit dan Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Daerah Jasin, Dr. Akmal Saleh.
- JBS Melaka
- Hits: 1267
