24 FEBRUARI, Setiawangsa - Sebanyak 4 orang pelajar telah menerima sumbangan pembelia komputer riba. Bantuan Covid19 ini bertujuan bagi mengurangkan sedikit beban yang dialami oleh golongan pelajar di Parlimen Titiwangsa yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer riba. Penyerahan bantuan ini telah disampaikan oleh Saudara Mohd Nor yang mewakiliki YBhg Datuk Seri Johari bin Abd Ghani untuk penyerahan bantuan.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).
28 FEBRUARI, Setiawangsa - Pagi ini Program Bantuan Covid19 - 3.0 diteruskan di lokasi ke-8 iaitu Flat PPR Jelatek. Bantuan ini adalah dalam bentuk barangan dapur. Ramai golongan berpendapatan rendah yang terjejas teruk, sudah tentu ia memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah mereka. Jadi, Bantuan Covid19 ini bertujuan bagi mengurangkan sedikit beban kos sara hidup yang dialami oleh masyarakat Parlimen Titiwangsa. Penyerahan bantuan ini telah disampaikan sendiri oleh YBhg Datuk Seri Johari bin Abd Ghani selaku Pengerusi Yayasan Bena Nusa.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).
27 FEBRUARI, Kg. Bharu - PENTAS PROJECT kali ini melaksanakan projek mengagihkan Susu Ilham (BMF) untuk anak kecil yang berumur 1 hingga 3 tahun kepada pemimpin masyarakat dan belia di sekitar Titiwangsa untuk diagihkan semula kepada keluarga yang memerlukan. Terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana menyumbangkan kepada kami, demi melihat anak-anak kecil yang tergolong di dalam keluarga B40 di sekitar Titiwangsa terbela melalui wakil-wakil kawasan yang telibat dalam projek kali ini. Walaupun kami tidak dapat bertemu dengan anak-anak kecikl tersebut dan sumbangan ini tidak sebesar mana, tetapi kami pasti sumbangan ini datangnya dari jiwa yang penuh ikhlas untuk membantu. Diharapkan agar lebih ramai lagi pihak-pihak tertentu yang tampil untuk memberikan sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).
25 FEBRUARI, Kg. Bharu - PENTAS & CO adalah RESTORAN dan HUB AMAL yang dipimpin oleh saudara Farhan Hilmi dengan kerjasama Zero Hunger bersama-sama mengambil pendekatan untuk menangani masalah keperluan komuniti MISKIN BANDAR yang terpaksa bergelut untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, satu majlis bacaan Yassin telah diadakan bagi memohon keberkatan dalam menjalankan program-program amal dan sukarelawan dia kalangan belia di Titiwangsa. Menurut ahli Parlimen Belia Titiwangsa, En. Adib, yang juga merupakan pasukan sukarelawan yang aktif dalam Projek PENTAS ini, pasukan mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan PENTAS sebagai medium membantu masyarakat yang terkesan dalam jangka masa panjang dan pada masa yang sama dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di tanah air untuk berlumba-lumba melaksanakan amal kebajikan. Bacaan Yaasin dan Doa selamat sempena pembukaan PENTAS secara rasmi dan digunakan sepenuhnya sebagai HUB Sukerelawan yang akan pada 1 Mac 2021 dengan pematuhan SOP oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas pembukaan sementara PENTAS secara online pada Januari 2021 akibat pandemik yang melanda negara masa kini.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).
25 FEBRUARI, Kg. Bharu - Majlis bacaan Yassin dan Solat hajat yang diadakan ini diadakan bagi memohon keberkatan dari Allah S.W.T agar masyarakat khususnya warga Kampong Bharu, Kuala Lumpur dijauhkan daripada jangkitan wabak Covid 19. Bacaan Yasin telah dipimpin oleh Ustaz Syed Abdul Hadi (Imam MR) & Solat Hajat telah diImamkan oleh Ustaz Syed Muhammad Hazim (Pegawai Zakat MAIWP). Majlis dihadiri hampir 100 orang jemaah termasuk YBhg Datuk Shamsul Bahri Pengerusi MPPWP Kg. Bharu. Semoga segala usaha dan sumbangan yang dberikan ini akan mendapat balasan yang baik dari Allah S.W.T.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).
27 FEBRUARI, Kg. Bharu - Majlis Perwakilan Penduduk Kg Bharu dengan kerjasama pihak Jabatan Alam Sekitar DBKL & Bomba telah melaksanakan operasi sanitize di sekitar Kg Bharu pada dilaksanakan bermula jam 8.30 pagi. Operasi pembersihan dan sanitize tertumpu di kawasan umum yang selalu dikunjungi dan digunakan orang awam khususnya warga Kg Bharu seperti di LRT Stesen, Saloma Link, sekitar Pasar Raja Bot dan lain-lain lagi. Pihak MPPWP Sub Zon 3 Kg Bharu mengucapkan ribuan terima kepada pihak Jab Kesihatan Alam Sekitar dan Pejabat DBKL Cawangan Titiwangsa dan pasukan bomba yang terlibat dalam operasi ini.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).
27 FEBRUARI, Kg. Bharu - Tahniah & syabas diucapkan kepada KRT Kariah Atas A & B dan warga Kg Bharu yang menganjurkan program sumbangan bubur lambuk dgn meriah dan berjaya. Sebanyak 2 buah periuk telah dgunakan dalam penyediaan program ini dengan jumlah hampir satu ribu bungkus dapat dsediakan. Terima kasih juga kepada pemilik kedai makan pekan station Kg Bharu yg membenarkan kedai makan beliau djadikan lokasi memasak & pengagihkan bubur lambuk. Majlis sumbangan ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg Datuk Afandi Zahari Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kg Bharu bersama YBhg Datuk Shamsul Bahari, Pengerusi MPPWP sub Zon 3.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).
22 FEBRUARI, Setiawangsa - Program Happy Food telah dilaksanakan di sekitar Kawasan Setiawangsa bagi meraikan barisan petugas hadapan dengan sumbangan makanan. Program ini merupakan kerjasama antara MOVE Volunteer dan MAYC Setiawangsa melibatkan 100 orang frontliner telah mendapat sambutan dan akan diteruskan lagi bergantung kepada sumbangan dari pihak tertentu. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).
26 FEBRUARI - Setelah sekian lama ahli Kelab Orahraga Setiawangsa tidak menjalani latihan secara bersama, perjumpaan bagi latihan kali ini amat mengembirakan jurulatih olahraga mereka dengan penglibatan seramai 13 orang telah turun menjalani latihan berintensiti tinggi dan berbukit berbukit di Sri Gombak. Jurlatih kelab turut mengucapkan terima kasih kepada semua atlet yang mengikuti latihan pada kali ini dan memaklumkan bahawa Kelas Yoga untuk ahli kelab akan dijalankan bermula Mac 2021 bersama instruktor baru. Semoga Kelab Olahraga Setiawangsa ini akan terus maju dan terus melahirkan atlet hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).