KUALA LUMPUR, 2 Mac 2021:Satu Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Bengkel Digital Marketing telah diadakan secara maya melibatkan Majlis Belia Kawasan Titiwangsa dan Unit Pembangunan Ekonomi, JBSWP Kuala Lumpur hari ini.
Perbincangan meliputi pembentangan program, kaedah pelaksanaan dan brainstorming kedua-dua pihak dalam memastikan program berjalan dengan lancar pada 20 Mac 2021. Bengkel Digital Marketing mensasarkan seramai 60 peserta usahawan dan belia yang berminat untuk mempelajari ilmu khususnya dalam teknik pemasaran yang berkesan dengan penglibatan penceramah-penceramah yang bertauliah dan pakar dalam bidang masing-masing.
MBK Titiwangsa diwakili oleh Saudara Pengerusi Encik Khairul Nizam Salleh dan beberapa pelajar daripada UiTM dan ASWARA yang sedang membuat latihan praktikal bersama pertubuhan.
Turut hadir En.Tony Azman dan Puan Normiza Kadar Maidin mewakili JBSWP Kuala Lumpur. Semoga program yang dirancang akan memberi manfaat kepada belia dan usahawan di WP Kuala Lumpur khususnya yang menceburi bidang perniagaan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 322
