KUALA LUMPUR, Jabatan 24 Februari 2021:Unit Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur berpeluang mengikuti Sesi Webinar bertajuk “JOM CIPTA KERJA (SIRI 7)” melalui platform Zoom anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Sesi webinar ini dikendalikan oleh speaker jemputan iaitu YBrs Dr. Raja Yasmin Raja Abdul yang merupakan seorang mentor dan jurulatih (Coach) professional bertauliah dari The Coaching Institute Australia dalam bidang perniagaan.
Beliau merupakan seorang pengasas The EQBIZ ACADEMY yang ditubuhkan pada tahun 2018 dan menerima Pendidikan Doktor Falsafah di dalam jurusan Pemasaran dan Penjenamaan dari Monash University. Beliau juga pernah memenangi anugerah The Australian Coach of The Year pada tahun 2019.
UPE JBSWP Kuala Lumpur menyifatkan penceramah sebagai seorang yang dapat menginspirasikan belia-belia untuk menceburi dalam bidang keusahawanan terutama dalam menjawab soalan dan berkongsi pandangan sewaktu sesi webinar ini berlangsung.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 355
