- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 337
PERSATUAN KANU KUALA LUMPUR TETAP MENERUSKAN SESI LATIHAN DI DARAT WALAUPUN TIDAK DAPAT MENJALANKAN LATIHAN DI AIR.
26 FEBRUARI, Titiwangsa - Walaupun agak sukar untuk meneruskan latihan secara fizikal di air disebabkan belum mendapat kelulusan dari pihak tertentu bagi penggunaan Tasik Titiwangsa untuk latihan disebabkan oleh Pandemik Covid 19, namun atlet-atlet kanu dari Persatuan Kanu Kuala Lumpur tetap meneruskan latihan kecergasan seperti biasa. Latihan kecergasan dan kemahiran amat penting bagi atlet-atlet kanu WP Kuala Lumpur kerana 95% daripada atlet ini akan mewakili Wilayah Persekutuan dalam SUKMA 2022 di Johor tahun hadapan. Walaupun terdapat keluhan daripada atlet akibat masih tidak dapat menjalankan latihan di air, namun atlet-atlet dilihat kelihatan bergitu bersemangat untuk meneruskan latihan . Semoga semangat juang yang ditunjukkan memberikan hasil kepada atlet kanu Kuala Lumpur.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa).
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 337
