KUALA LUMPUR, 27 Februari 2021 Pertubuhan Pemuda GEMA Kuala Lumpur telah mengadakan Mesyuarat Agung Negeri dimana kali ini dilaksanakan secara maya melalui Google Meet.
Mesyuarat dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Pemuda GEMA Kuala Lumpur 2019-2021, Saudara Muhammad Zulhimi Bachok yang mewujudkan pemahaman ringkas berkaitan pentingnya belia untuk menghargai sebaiknya diri dan cuba sebaiknya membantu belia lain untuk disantuni.
Mesyuarat kemudian diteruskan dengan perbentangan daripada wakil Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia, Saudari Amirah Dayana binti Azlan tentang laporan gerak kerja yang telah berlaku sepanjang tahun 2020. Dalam keadaan negara yang menghadapi Pandemik COVID-19, tidak menjadi halangan kepada Pemuda GEMA dalam menggerakkan aktiviti seperti yang dirancangkan selaras dengan misi dan visi pertubuhan. Hal ini dibuktikan dengan pelbagai aktiviti yang dapat dilaksanakan.
Pemuda GEMA Kuala Lumpur juga telah melantik pimpinan yang baru bagi Sesi Tahun 2021-2023 yang diketuai oleh Saudara Vikneshvaran. Dalam ucapannya, beliau titipkan berkaitan tugas sebagai belia adalah menjadi agen perubahan baik kepada masyarakat sebaiknya.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 423
